Wednesday, June 16, 2010

Ummi - Saya Janji

"Danial!! Bangun! Bangun laa!! Jangan diam je!" jerit Ummi kepada Danial ketika dia menjumpai Danial tersadai di pantai. Ummi menepuk-nepuk pipi Danial dan berharap dia bangun. Dia terasa menyesal kerna menyuruh Danial mencari patung dia. Tidak pernah terlintas di dalam kepala dia yang Danial sanggup terjun ke laut untuk mencari patung Barbie itu. Ummi tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya air mata dia saja yang mengalir turun dari pipinya. Beberapa titis air mata Ummi jatuh ke muka Danial. Setelah beberapa seketika, Danial masih senyap. Tiada bunyi atau suara dari Danial. Ummi terasa dia telah membunuh Danial. Dia meletakkan kepala dia di atas dada Danial. Perlahan-lahan Ummi terasa rambut dia dibelai. "Dah-dah, jangan..jangan nangis Ummi..nanti..nanti tak cute..hehe" kata Danial dengan nada yang agak lemah. "Nah..ni..ni patung awak.."tambah Danial lalu melemparkan senyuman. Ummi terkejut campur gembira kerna Danial sudah sedar. "Awak! Jangan buat macam ni lagi! Takut saya!! Huh~" balas Ummi dengan nada yang agak marah. Mereka berdua tergelak kecil disitu. Dan disitu juga kali terakhir mereka bersama.

"Ummi..Ummi! Bangun..bangun! Kau ok tak ni? Ngigau lagi ke? Pasal Danial?" Idora mengejutkan Ummi yang seperti di hukum di dalam mimpinya. "Aku..aku ok.....aah..pasal dia" balas Ummi sambil menenangkan diri. Idora mengambil segelas air dan memberikan kepada Ummi. "Nah..minum ni..at least lega sikit kau" kata Idora. " Terima kasih" jawab Ummi. Suasana di bilik itu menjadi senyap seketika. Idora hanya melihat Ummi yang berpeluh mukanya. Mimpi dia teruk sangat ke, bisik Idora di hatinya. Idora tahu, sejak Nurul mengisytiharkan yang Danial sudah menjadi 'milik' dia, Ummi tidak senang duduk. Idora juga tahu yang Ummi suka Danial tetapi Ummi tidak tahu bagaimana perasaan apabila menyukai seseorang. Idora hairan kenapa perempuan seperti Nurul menyukai Danial. Walaupun Nurul pernah mempunyai perasaan suka kepada Danial, Nurul tidak pernah pula berkata kenapa. Hati Idora seolah-olah dipenuhi soalan-soalan yang pelik. "Ummi..kau suka Danial kan?" tanya Idora. Dia tahu Ummi mungkin tidak akan mengaku. Tapi dia perlu sedarkan Ummi agar dia dapat bersama orang yang dia sayangi dan tidak menjadi tunggul yang memerhati orang yang mereka sayangi di ambil orang. Idora tidak mahu Ummi menjadi seperti dia. Tidak dapat berbuat apa-apa apabila lelaki yang dicintai pergi meninggalkan dia. "Ummi?" kata Idora. "Aku..aku takde pape laa Dora. Jangan risau sangat la pasal aku" balas Ummi. Ummi bingkas bangun lalu mencapaikan sweater dia yang tergantung didalam almari. "Nak pergi mana tu?" tanya Idora. "Tempat untuk aku rilek jap. Asyik terkurung je" Ummi balas tetapi dari nadanya, Ummi kelihatan seperti sedang bersedih.

Ummi keluar dari biliknya. Dia memerhati sahaja keadaan di sekeliling kampusnya dari asramanya. Entah mengapa, kakinya tidak mahu dia berada di situ. Ummi seperti dibawa ke atas suatu bukit yang kecil. Ummi teringat yang disitu dia pernah melihat seseorang melukis gambar matahari terbenam. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menangkap gambar persekitaran itu. Ketika sedang leka memandang matahari terbenam. Kelibat seseorang itu muncul sekali lagi tetapi kali ini bukan untuk melukis. Hanya melihat keindahan semulajadi. Ummi terkejut kerna kelibat yang selalu berada di kawasan itu adalah Danial. "Eh..apa kau buat kat sini?" tanya Danial dengan muka penuh tanda tanya. "Tension duk dalam bilik tadi" jawab Ummi seperti mahu tidak mahu menjawab. "Ok laa, balik dulu ek..tak nak kacau tempat kau kat sini" tambah Ummi lagi. Ummi bangun dan membersihkan seluarnya di bahagian belakang. Belum sempat Ummi pergi, Danial menarik tangan Ummi dan berkata "Ummi..kenapa..kenapa kau macam ni? Duduk laa dulu. Aku..aku rindu kau..jangan pergi sekarang". "Danial. Kau dah ada awek. Kalau dia nampak camni, tak ke jeles dia nanti" jawab Ummi. Danial terdiam. Dia melepaskan Ummi. "Awek aku? Even aku tak rasa macam dia untuk aku? Kadang-kadang aku rasa cam dia rapat dengan aku pun ada sebab. Tapi kalau tu kau nak fikirkan, tak pe laa" Danial membalas dengan nada seseorang yang dihampakan.

"Wei! Kau pi mana je tadi bro? Jumpa awek kau tu ke?" tanya Syifa' sambil bergurau. "Kau pun tau kan, sejak aku kapel dengan Nurul, mana kita selalu date. Dia pun pernah cakap yang aku dengan dia kapel pun sebab nak up-kan nama dia" balas Danial. Dia berasa sungguh menyesal bersetuju untuk bersama dengan Nurul. Walaupun sudah genap 3 bulan, dia masih tidak puas hati. Malah dia diugut jika dia berani hendak meminta perpisah dengan Nurul. Apabila difikirkan kembali, Nurul bukanlah seperti disangka ramai. Dia sememangnya seperti kebanyakan orang kaya di situ. Hanya memikirkan diri sendiri. Tidak pernah dia menghiraukan perasaan Danial yang cuba untuk memahami dan mecintai dia. Namun, anggapan Danial terhadap 'luahan' cinta Nurul itu meleset kerna dia dapat tahu yang dia hanya dipermainkan sahaja. Oleh kerna tidak dapat berbuat apa-apa, Danial hanya mampu meluahkan masalah dengan sahabat dia sahaja. Sahabatnya pula tidak terdaya untuk menolong Danial kerana tidak memiliki pengaruh yang kuat mahupun wang seperti Nurul. Danial hanya duduk di sudut biliknya, memikirkan apa patut dia buat. Perlukah dia perpisah sahaja dengan Nurul dan menerima sahaja ugutan dia? Semakin lama dia memikirkan, semakin gila dibuatnya.

"Hey you, kenapa tiba-tiba nak jumpa I ni? Panas laa kat sini! Dah laa betul-betul bawah matahari! Kan I dah kata, kita jumpa pun once a month je..and I pun dah clearly cakap kan yang kita ni bukan ada pape sangat. We just became a couple sebab nak naikkan nama I and nama you..That's all" kata Nurul. "Saja I nak jumpa you..we ARE couple rite? By the way, I still tak faham..kenapa you just couple dengan I just untuk naikkan populariti you? You can always couple with Azman which is more popular than I am. He's perfect rite? He's handsome, macho, plays some sports and banyak lagi sebab kebanyakan perempuan kejar dia. But kenapa I jugak you nak?" tanya Danial. Nurul mengelengkan kepalanya. "You..dah banyak kali I bagitau, Azman dah ada girlfriend! You pun sama je macam dia except for the part yang banyak perempuan suka you. If i take Azman, people would label me as a boyfriend stealer! Understood?" Nurul menjelaskan dengan nada yang agak marah. "Oh? Begitukah? Then, I clash dengan you. Oki?" jawab Danial dengan selamba. "HAHAHA..you nak clash dengan I? You with what army? You dah lupa ke dengan ugutan I?" Nurul membalas dengan angkuhnya. Danial memetik jari. Nurul pelik dengan kelakuan Danial. Tidak lama kemudian, rakan-rakan Danial keluar dari tempat penyembunyian sambil memegang pita rakaman. Nurul terkejut. Dia ingat Danial datang seorang diri sahaja. "I'll take my chance with you punya ugutan tu. Oh. This IS my army. But I don't called them army, I called them friends. Oh yeah. Starting from today, we are not anymore known as a couple. Got it?" balas Danial. Ekspressi di wajah Danial serius ketika berbicara dengan Nurul Seolah-olah dia menjadi ketua mafia. Nurul pula meninggalkan Danial. "FINE! Tengok laa nanti! Apa aku buat! If I can't have you, no one will!" jerit Nurul. Danial hanya tersenyum sendiri. Kawan-kawan Danial mendapatkan Danial. Mereka bersorak kerana mereka terlalu gembira. Tidak tersangka yang mereka dapat berbuat demikian kepada Nurul. Namun, Danial dapat merasakan sesuatu buruk bakal berlaku. Namun semua ugutan Nurul itu tidak penting baginya kerna selagi sahabat dia gembira, itu sudah cukup.

Setahun sudah berlalu sejak insiden perpisahan Danial dengan Nurul. Dan dalam setahun jugalah, Danial diejek dan dihina kerna perbuatan dia yang mengambil keputusan untuk perpisah dari gadis 'baik serta kaya' itu. Walaupun diejek dan dihina orang, Danial tidak menghiraukan mereka. Bagi Danial, mereka tidak tahu perkara sebenar. Setiap hari, dia melakukan rutin hariannya. Sehinggalah suatu hari, Aida dan Azman berlari ke arah Danial. "Danial!!" jerit mereka berdua. Danial tidak mendengar jeritan mereka kerna memakai earphone. Azman yang menyangka Danial buat-buat tak dengar memberikan tumbukan terbang dan tepat terkena sasaran. Danial yang termakan tumbukan Azman rebah ke tanah dan "HOI! Pehal kau Azman? Sakit tau tak?!" jerita Danial yang masih memakai earphone. "Wei! Dia kena culik!" balas Azman. "Apa? Tak dengar laa!" Danial menjerit lagi. Azman yang berang dengan Danial menarik earphone Danial dan berkata "Abang Danial..perempuan idaman kau tu..Ummi..kena culik..paham tak??" kata Azman seolah olah Danial menjadi majikan dia. "Hah? Yeke?? Asal tak cakap awal-awal?!! So..sekarang kat mana dia? Siapa buat?? Azman..aku nak buat apa ni??" balas Danial. Dia sudah mula menggelabah. Walaupun Ummi tidak tahu isi hati Danial, Danial masih menjaga Ummi lagi. "Rilek! Syifa' sekarang tengah follow diaorang oki. Dia bawak Abang Bani dan Abang Dan. Jangan risau laa" jelas Azman. Azman, Aida dan Danial bergegas ke tempat letak kereta dan menaiki kereta Azman. Azman memandu keretanya seperti kereta Poshe'. Ketika dalam perjalanan, Azman memberitahu Danial bagaimana Ummi diculik. Menurut Aida, dia, Idora dan Ummi keluar bersama. Tiba-tiba sahaja, lima orang lelaki terus menangkap mereka bertiga.Entah bagaimana, dia terlepas. Danial bertanya juga tentang siapa penculik itu namun Aida tidak tahu. Aida hanya tahu, mereka bukan warganegara Malaysia kerna bahasa yang dicakap mereka begitu asing. Mereka yakin bahawa ini bukan perbuatan Nurul kerna terlalu melampau. Tidak lama kemudian, Syifa' memberikan mesej kepada Azman tentang lokasi penculik itu.

"Lambatnya korang" mengeluh Syifa'. "Kau dah telefon polis belum?" tanya Azman kepada Syifa'. Syifa' pada itu sudah terlebih dahulu mencapai telefon danmenelefon polis. "Jom kita masuk" Danial meluahkan pendapatnya kepada mereka. "Gila kau! Kita tak tau lagi diorang tu ada senjata ke tak, berapa orang..nak mati ke?" Azman tiba-tiba meninggikan nada. "Habis tu kau nak tunggu polis? Kita tak tahu berapa lama lagi polis nak sampai. Alang-alang dah sampai..kita try je laa" jelas Danial. Azman terdiam setelah mendengar kata-kata Danial. Belum sempat Azman berkata, Danial dah hilang. Dia dah pun memasuki ke pondok itu lebih awal. Azman mengelengkan kepala. Abang Bani dan Abang Dan menghalang Azman, Aida dan Syifa' memasuki pondok itu. Mereka diberi tugasan untuk memerhati keadaa sekeliling sementara Danial, Abang Bani dan Abang Dan berada di dalam. Mereka menerima tugasan itu dengan hati yang berat.

Ketika di dalam pondok itu, Danial serta dengan dua orang senior mereka mencari Idora dan Ummi. Sedang mereka mencari, mereka menyedari yang mereka telah dikepung oleh tiga orang penculik itu. Masing-masing membuka kekuda dan berlawan. Dalam kesibukan mereka menangkis serangan musuh, mereka bertiga terdengar suara gadis meminta tolong. Dengan pantas, mereka menumbangkan lawan mereka dan bergegas ke arah suara itu. Sebaik sahaja tiba ke punca suara itu, mereka ternampak Ummi dan Idora yang terikat kemas. Danial segera mendapatkan Ummi dan Idora. Abang Bani dan Abang Dan menghilang pula ketika itu. Selesai sahaja membuka ikatan Ummi dan Idora, mereka terus mencari jalan keluar dari pondok itu. Alangkah terperanjatnya mereka bertiga apabila melihat Abang Bani dan Abang Dan terlantar di lantai. Kepala mereka berlumuran darah. Belum sempat Danial mendapatkan mereka, dia telah ditikam dan diserang oleh dua orang penculik. Baju Danial di bahagian perut di basahi darah. Namun, tidak dia menunjukkan yang dia ditikam kepada Ummi dan Idora. Dia hanya kelihatan seolah-olah ditumbuk sahaja. Danial jatuh terduduk sambil memegang perutnya mengerang kesakitan. Ummi dan Idora yang risau tentang Danial hendak mendapatkan Danial tetapi Danial menyuruh mereka berdua beredar dari situ. Mereka berdua mengikut sahaja arahan Danial. Danial pula mencuba untuk berdiri agar dapat menghalang dua orang lelaki itu. Salah seorang daripada lelaki itu menolak Danial sehingga jatuh manakala seorang lagi mengacukan sepucuk pistol tepat ke arah Danial. Danial berasa ketakutan malah menggigil tangannya dibuat mereka. Tetapi, Danial yang berasa takut pada ketika itu tiba-tiba senyum sendirian. Seolah-olah tahu masanya sudah sampai. "BANG!!!" terdengar tembakan dari sepucuk pistol.

"Ummi..petang ni..saya dah kena balik rumah..nanti..dah tak dapat..tak dapat nak jumpa awak lagi" kata Danial dengan sedih. "Danial..saya pun..saya..saya ingat nak bagitahu awak..tapi..saya takut" balas Ummi. Kedua-dua mereka akan pulang pada petang itu dan pada waktu itu jugalah merupakan kali terakhir mereka jumpa. "Danial" Ummi berkata sambil menarik tangan Danial. "Nah..amik ni..simpan ni..kalau kita jumpa lagi..dan..dan kalau Danial rasa nak..nak kahwin dengan Ummi..Bagi balik patung ni tau..Ummi tunngu tau" tambah Ummi. Muka Ummi merah kemerahan ketika memberi patung ini kepada Danial. Danial terdiam seketika. "Ummi..awak tau kan..mungkin..mungkin lepas ni kita takkan jumpa..awak..awak jangan..jangan mengharap tau" kata Danial lalu mengambil patung itu. Muka Danial bertukar kepada merah kemerahan. "Awak malu ke?" tanya Ummi sambil melihat muka Danial. Jari-jari Ummi menyentuh muka Danial. "Awak" jawab Danial sambil memegang pergelangan tangan Ummi. Pada ketika itu, mereka berjalan di tepi pantai dan membuat perjanjian mereka itu dan diikat dengan sepotong ayat iaitu "Saya janji" .

"Te..ter..terangnya..kat..kat mana ni?" tanya Danial keseorangan. Danial memandang sekeliling. Baru dia sedar bahwa dia di hospital. Di menoleh ke kirinya. Kelihatan seperti seorang gadis. Jika hendak dikatakan dari keluarganya, amat mustahil kerna dia tiada adik perempuan dan ditambah pula kini dia seorang sahaja. Ibubapa Danial sudah tiada akibat kemalangan yang di timpa dahulu. Dia hanya memerhati sahaja gadis bertudung itu tidur di sebelahnya. "Assalamualaikum" suatu suara tiba-tiba terdengar. Suatu suara yang biasa baginya. "Waalaikumsalam..laa korang rupanya" Danial menjawab salam Azman. Azman memasukki wad Danial. Diikuti pula dengan Syifa, Aida, Idora, Abang Bani dan Abang Dan. "Mana Ummi?" tanya Danial kehairanan. "Tuu..sebelah kau tu" Idora membalas pertanyaan Danial. Danial berasa terkejut. "Ummi ke teman aku semalam?" tanya Danial dengan muka ingin tahu. "Aah, kau tau tak..dia nangis wei masa tau kau kena tikam..kau nasib baik tau tak sebab polis betul-betul datang and tembak orang tu sebelum dia dapat tembak kau" Syifa' memberitahu Danial tentang apa yang terjadi ketika Danial tidak sedar. Danial mengusap kepala Ummi. "Danial, janganlah..malulah" kata Ummi apabila tersedar. Azman dan sahabat yang lain meminta diri dulu dan memasang telinga di luar bilik Danial. "Awak dah ok?" tanya Ummi. "Dah" balas Danial dengan senyuman. "Kenapa awak datang..datang selamatkan saya?" tanya lagi Ummi. "Sebab..Sebab saya sayangkan awak..saya suka awak..saya cintakan awak..saya..saya tak nak awak tinggalkan saya" balas Danial lagi. Mendengar kata Danial, air mata Ummi membasahi pipinya. "Awak jangan laa buat saya risau lagi..saya takut..saya takut hilang awak sekali lagi..saya..saya tak nak awak hilang awak lagi" kata Ummi. Danial menaikkan tangannya yang masih lemah ke mata Ummi dan mengesat air mata Ummi. "Dah-dah..jangan nangis..saya tak mati kan? Jangan risau..saya..saya takkan ke pergi mana-mana" kata Danial. Ummi memegang erat tangan Danial itu. "Awak..bukak beg saya tu..ada hadiah untuk awak" beritahu Danial. Ummi mengambil beg Danial dan membukanya. Ummi terkejut sehingga tidak terkata apa-apa. Dia mengeluarkan patung Barbie model lama. "Ingat lagi tak tu?" tanya Danial. Ummi mengiyakan sambil tersenyum. "Saya..saya nak tunaikan janji kita. Awak..nak tak tunaikan janji awak dulu? tanya Danial lagi. "Muhammad Danial..Saya Ummi Nur Syafiqah akan berjanji untuk menyayangi awak sepenuh hati..dan berkahwin dengan awak....lepas saya habis belajar" Ummi meluahkan kata hatinya kepada Danial. Danial gembira tidak terkata. Azman dan sahabat yang lain pula menyerbu masuk ke bilik Danial dan memastikan apa yang Ummi cakap. Danial dan Ummi terkejut. Tidak mendapat soalan mereka. Danial dan Ummi hanya tertawa sahaja melihat kerenah rakan mereka dengan tangan Danial memegang erat tangan Ummi.

last part~
enjoy~
aku tau xbes~
penink gak aku baca tp mls nk edit balek~
mm
berhenti seketika dari menaip cerpen.
hee~
pape pun.
komen jujur.
saya nak improve lg~
^.^

No comments:

Post a Comment