Monday, June 7, 2010

Sahabat.

Krriiiinnnnngggggggggg” , menandakan sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Fatal pada semester dua telah bermula . Di sekolah itu , terdapat 5 orang sahabat yang terkenal kerana keakraban mereka . Lima orang sahabat ini terdiri daripada tiga orang remaja lelaki dan dua orang gadis jelita iaitu Musa Aiman , Daud , Rafik , Syazwani dan juga Delilah . Musa Aiman dan Rafik adalah seorang yang jujur dan bijaksana dalam pelajaran manakala Daud pula adalah seorang yang boleh menyelesaikan masalah orang tetapi bila dia mempunyai masalah sendiri , dia tidak berani untuk hadapi . Jika tadi latar belakang tentang si lelaki , ini pula latar belakang tentang dua orang gadis . Syazwani adalah seorang gadis yang ayu dan agak lasak untuk perempuan . Delilah pula seorang yang jelita tetapi senang merajuk .
Semasa di sekolah , mereka terlihat poster yang ditampal di papan kenyataan tentang permainan yang digelar ‘Xplore Race’ yang dianjur oleh MPK . Syazwani dan Delilah berminat untuk menyertai permainan itu tetapi tidak hendak berada dalam kumpulan yang sama dengan Daud . Daud pula berfikir hendak menyertai dengan memasukkan empat orang rakannya ke dalam kumpulan dia . “Delilah , kau nak masuk kumpulan aku tak untuk masuk dalam Xplore Race ?” tanya Daud kepada Delilah . Delilah menjawab , “Minta maaf laa Daud , saya sudah masuk dalam kumpulan orang lain” . Daud hanya menganggukkan kepalanya dan beredar dari situ .
Pada malamnya itu , Daud terfikir untuk mengajak Musa Aiman untuk memasuki kumpulannya . Dia mencapai telefon bimbitnya lantas mendial nombor Musa Aiman . Daud menyatakan hasratnya kepada Musa Aiman . Musa Aiman berfikir sekejap . Musa Aiman akhirnya bersetuju untuk memasuki kumpulan Daud . Keesokan harinya , Delilah bertanya kepada Musa Aiman untuk memasuki kumpulannya . Musa Aiman menjawab “Minta maaf ye Delilah , aku dah masuk kumpulan Daud” . Delilah terus membuat muka dan memandang tajam kepada Daud yang ketika itu sedang berborak dengan Musa Aiman . Semasa di kelas tambahan , Delilah menjauhkan diri daripada Daud dan Musa Aiman . Apabila Daud menegur Delilah , Delilah hanya senyap sahaja .
Daud cuba menelefon Delilah tentang perangainya yang pelik semasa di kelas tambahan tetapi tidak dapat . Daud menghantar SMS tentang perangainya yang pelik itu kepada Delilah . Delilah membalas balik :
Fikir lah kembali . Kau telah rampas Musa Aiman. Aku baru nak tanya dia samada hendak memasuki kumpula aku ke tidak tetapi kau telah merampasnya dari aku . Mulai saat ini , aku tidak terima kau dan Musa Aiman sebagai kawan aku .
Daud sedih apabila membacanya . Dia pun memberitahu hal ini kepada Musa Aiman . Mereka berdua telah merancang untuk memujuk kembali Delilah .
Mereka memulakan rancangan pertama mereka iaitu meminta maaf secara terus terang . Tetapi rancangan itu telah gagal apabila Delilah tidak melayan mereka . Musa Aiman dan Daud tidak berputus asa . Mereka menjalankan rancangan kedua mereka dengan memberikan coklat dan hadiah . Dengan pantasnya , Delilah membuang hadiah dan coklat yang diberi ke dalam longkang . Musa Aiman dan Daud kecil hati dengan perbuatan Delilah .
Namun begitu , mereka masih mencari jalan lain untuk berbaik dengan Delilah.
Sedang mereka berdua berjalan menuju ke kedai serbaneka , Daud telah mendapat satu idea . Dia memberitahu tentang ideanya ini kepada Musa Aiman . Musa Aiman bersetuju . Mereka telah meminta Syazwani membawa Delilah ke McDonald pada hari ahad . Syazwani mengikut kehendak mereka . Pada hari ahadnya , Syazwani membawa Delilah ke McDonald dengan alasan ada parti . Syazwani menelefon Daud yang mereka sudah sampai di McDonald. Dengan pantas , Daud dan Musa Aiman memgayuh basikalnya . Sedang mereka mengayuh dengan laju , ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang mabuk hendak melanggar Musa Aiman . Daud yang ketika itu perasan tentang kereta itu terus menolak Musa Aiman lalu jatuh ke tanah manakala Daud pula telah dilanggar oleh pemandu mabuk itu . Musa Aiman telah menelefon hospital untuk menghantar ambulan . Apabila ambulan tiba , Daud berkata “Man…per…pergi se…sekarang…Deli…Delilah tengah….tung…tunggu tu…” . Musa Aiman mengangguk sambil mengesatkan air matanya .
Apabila Musa Aiman tiba di McDonald , dia memohon maaf kepada Delilah . Delilah tidak melayan Musa Aiman . Musa Aiman berasa marah lalu berkata kepada Delilah , “Kau tau tak , penat-penat aku datang tapi kau tak nak maafkan aku juga . Kalau kau tertanya tanya mana Daud , dia ada kat hospital sebab selamatkan aku daripada dilanggar tadi . Kalau dia tau kau tak nak maafkan dia , aku rasa mesti dia kecewa dengan ko . Syazwani , jom kita tengok Daud kat hospital . Biarkan Delilah tu .” Delilah tergamam dengan kata-kata Musa Aiman tadi . “Tuunnngggggggguuuuu!!!” jerit Delilah . “Aku tak sangka dia akan buat semua ni sebab nak maafkan aku aje . Aiman , tolonglah bawa aku ke Daud . Aku nak cakap dengan dia yang aku sudah maafkan dia dan kau juga” kata lagi Delilah sambil mengalirkan air matanya . Musa Aiman memujuk Delilah . Musa Aiman berkata “ Dah , jom kita pergi hospital” .
Apabila mereka sampai di hsopital , mereka menanyakan kepada jururawat tentang kawan mereka , Daud . Jururawat itu berkata “Daud berada di ICU” . Mereka terkejut melihat Daud yang dilekatkan dengan banyak wayar. Mereka juga terkejut melihat Daud yang berlumuran darah ketika itu . Daud tersedar dari pengsan ketika dalam perjalanan ke hospital tadi . Daud memanggil Delilah dengan nada yang lemah . Dia membisikkan sesuatu ke dalam telinga Delilah . Delilah mengalirkan air mata . Akibat kehilangan banyak darah semasa kemalangan tadi , Daud telah meninggalkan segala-galanya . Dia sudah pulang ke Rahmatullah .
Selepas pengebumian Daud , Syazwani dan Musa Aiman bertanya kepada Delilah “Apa yang Daud cakap dengan kau hari tu?” . Delilah menjawab “ Dia kata , selamat tinggal teman dan jagalah persahabatan kamu dengan yang lain serta lupakan aku . Padamkanlah aku dari memori kau . Sesungguhnya aku tidak berguna bagi kalian “. Mereka terdiam lalu menitiskan air mata selepas mendengar ayat terakhir Daud .


kredit kepada nurul syahirah, muhammad mustaqiim iman and (nama dirahsiakn)
direka time sekolah.
based on true story tp ade fakta ditambah.

No comments:

Post a Comment