Sunday, May 29, 2011

Sebuah cerita di petang hari.

"Iman..bangun....bangun laaa...jangan kau nak tidur pulak..kat..kat sini" kata abangnya, Ikhwan, sambil menepuk muka Iman.

Selepas beberapa kali dipanggil nama Iman, akhirnya dia mulai sedar. "Err..aba...abang..kita kat mana ni?" tanya Iman. Ikhwan hanya membisukan diri. "Eh?! Abang! Kenapa ada besi tembus kat badan n tangan abang ni??" tambah Iman yang terkejut apabila dapat merasa beberapa batang besi menembusi badan dan tangan abangnya.

Ikhwan masih mendiamkan diri. Selepas seketika, Ikhwan memecahkan kesunyian dengan memberi arahan kepada Irfan, "I..Iman..Iman boleh ge..gerakkan? Tengok sana..na..nampak tak..cah..cahaya tu? Perg..pergi sana..nan..nanti abang fol..follow Iman ok?".

Iman hanya mengikut sahaja kata-kata abangnya. Iman merangkak ke arah cahaya itu seorang diri. Dia masih keliru dengan apa yang sudah terjadi. Sebaik saja tiba di punca cahaya itu, Iman terus rebah.


*****


Beberapa jam berlalu, Iman telah sedar. Dia mendapati dia berada dibawah khemah unit medik. "Adik dah sedar ye? Meh makan ubat ni..nanti takde laa lemau je badan nanti" kata jururawat yang sedang bertuga itu sambil memberikan Iman ubat.

"Akak, abang saya mana?" tanya Iman yang hairan kerana abangnya tidak berada di bawah khemah itu.
"Abang? Tapi kita jumpa adik sorang je tadi. Kita tunggu je laa pasukan penyelamat nanti ok? Hujan tengah lebat ni. Adik duduk sini diam diam" balas jururawat tadi. Iman terpaksa akur dengan kata-kata jururawat itu. Iman duduk seketika sambil memandang pokok yang dibasahi hujan. Dia perlahan-lahan ingat apa yang telah terjadi.

Dia dan abangnya serta beberapa orang lagi sedang menyertai aktiviti 'Jungle Trackking' sehinggalah mereka berdua terpisah dengan kumpulan utama.


*****


"Tengok! Ni semua salah kau! Kalau kau tak main-main tadi, takde laa kita jatuh kat sini sekarang" marah Ikhwan.

"Alaa, yang abang tu gatal sangat nak pegang tangan Iman, siapa suruh...Iman tak suruh pun kan?" balas Iman sambil buat muka.

"Apa kau bodoh ke?! Kau adik aku! Adik aku yang semua orang anggap baik laa..suci laa..what so ever bagai! Kalau aku tak selamatkan kau, lagi banyak laa nama aku dapat..dah cukup laa dengan aku jadi Black Sheep dalam famili..takkan dengan public pun nk buat hal gak? Aduh! Pikir laa!" Ikhwan membalas sambil menyentap baju Iman.

"Oh, kiranya nak selamatkan Iman semata-mata nama laa?! Baik tak payah macam tu! Heh" Iman terasa dengan kata kata abangnya.

"Pale kau, aku nak selamatkan kau sebab aku tak nak papa and mama sedih..ye laa..kau kan anak emas diaorang..compare dengan aku..heh..dah laa! Dari bertekak je..baik cari tempat nak pasang khemah ni hah..Hari pun nak hujan.."ujar Ikhwan.

Iman tahu abangnya baik, tetapi caranya itu tidak kena pada tempatnya.

Walaubagaimanapun, dia masih bersyukur yang dia masih hidup gara-gara kepantasan abangnya bertindak ketika jatuh. Mereka terus beredar dan mencari lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah. Setelah lama berjalan, mereka menemui kawasan air terjun. Masing-masing bersetuju untuk mendirikan khemah di situ.

Malam itu, mereka memakan bekalan mereka dan terus ke sleeping bag masing-masing. Sebelum tidur, Iman sempat bertanyakan sesuatu yang telah lama dia pendam dengan abangnya. "Abang, kenapa abang tak sambung belajar?" tanya Iman dengan perlahan.

"Dah abang tak dapat result bagus time SPM dulu, nak buat macam mana. " balas Ikhwan sambil lewa.

"Tapi result abang kan lagi bagus dari Iman..9A1 tu!" balas Iman dengan nada kehairanan.

"Dah-dah laa tu Iman, perkara lepas tak usah dikenang. What done was done" kata Ikhwan.

Iman masih tidak puas hati dengan jawapan abang dia.

"Iman, belajar rajin-rajin tau..jangan main-main..dunia sebenar kejam..Don't be like me..I'm not a good brother..Abang tau..abang tak macam kawan-kawan Iman punya abang..abang takde nama mahupun kejayaan yang boleh dibanggakan...abang just nak tengok Iman berjaya..itu sahaja" Ikhwan mencelah memberi nasihat kepada adiknya.

Disitu, Iman dapat merasakan kebaikan dalam keganasan sifat abangnya itu. Malam itu tidak lena Iman tidur. Dia masih teringat kali terakhir dia berkata dengan abangya sebegitu. Kalau tak, asyik kena maki,pukul,tumbuk dan macam-macam lagi abangnya bagi. Sedang dia hendak melelapkan mata, Iman terasa sesuatu yang besar sedang datang ke arah mereka. Ikhwan yang terasa dengan gegaran itu terus melindungi adiknya dengan menarik adiknya ke tanah serta menjadikan badannya sendiri sebagai perisai.


*****


Air mata membasahi pipi Iman. Dia sudah ingat apa sebenarnya berlaku. Hujan semakin lebat, Iman pula semakin risau dengan keselamatan Ikhwan. Bolehkah dia lepas? Iman tertanya kepada diri sendiri.

Di luar khemah, Iman ternampak lembaga hitam yang sedang mendekati khemah itu. Lembaga itu bergerak perlahan. Iman melihat sahaja lembaga itu. Secara spontan Iman terus berlari mendapatkan lembaga itu. Dia kenal lembaga itu kerana lembaga itu adalah abangnya. Apabila Iman tiba sahaja, Ikhwan terus merebahkan diri. Dia sudah pengsan. Para jururawat dan doktor disitu menolong Iman mengangkat abangnya. Jururawat dan doktor agak terkejut dengan keadaan Ikhwan kerna mendapati batang besi khemah menembusi badannya.

"Adik, takde apa saya boleh buat dengan peralatan disini. Abang awak dah hilang banyak darah. Dia berdiri di sini pun satu keajaiban" kata doktor.

"Ch..chill laa dude..ab..abang tak..takkan lari dari adik..so..jangan risau laa..okay?" Ikhwan mencelah sambil membelai rambut Iman. Iman hanya membisukan diri dan membiarkan saja air mata membasahi pipi. Malang buat Ikhwan, dia meninggalkan Iman selepas membelai rambut Iman.

Bagi Iman, abangnya adalah segalanya walaupun abangnya melayan dia kasar. Iman juga tahu, abangnya tidak sambung belajar kerna dia juga. Cuma pada waktu itu, kedudukan kewangan keluarga mereka tidak mampu untuk menyara mereka berdua ke pengajian tinggi. Dia juga tahu, abangnya telah membayar yuran pengajiannya di kolej. Namun dia masih tidak berpuas hati. Mengapa abangnya perlu menderita kerna dia? Adakah ego? Iman sendiri keliru dengan abangnya.

Soalan itu terjawab apabila dia menerima lawatan seorang tetamu. Tetamu tersebut adalah peguam dan juga kawan baik abangnya. Beliau menyerahkan satu dokumen. Selepas peguam itu pulang, dia membuka dokumen itu :

"Kepada adikku, Iman. Andai kata kau mendapat surat ini, pasti aku telah tiada di dunia ini. Oleh itu, aku meninggalkan pesananku dan kebenaran tentang diriku serta sedikit hartaku. Aku mahu kau berjaya dalam pembelajaranmu dan kehidupanmu. Tidak mahu ku lihat kau menjadi seperti ku, memilih jalan kegelapan berbanding jalan yang bercahaya. Aku tahu aku hanya seorang yang jahat, pantang saja kalau kau buat salah akan aku pukul. Namun, jangan salah faham sikapku ini. Aku hanya mahu melindungi dirimu wahai adikku. Tolonglah, jangan buat keputusanmu dengan terburu-buru seperti ku. Janganlah kau gadaikan pembelajaranmu dan masa depanmu untuk orang lain. Fikirkan masa depanmu dan pastikan cita-citamu berjaya dicapai. Aku cuma mahu, kau tahu bahawa, aku sayangkan kau Iman. Tidak pernah aku merasa benci terhadapmu walaupun papa dan mama selalu marahkan aku sebab salah kau. Still, I love you bro. Brothers till the end. Oh, ni pula cek dalam RM 1,000,000.00 untuk kau. Mana aku dapat duit ini adalah dari segala titik peluh aku. Use it wisely. Moga kita berjumpa lagi."

Iman tidak mampu untuk berkata apa-apa. Apa yang dia mampu kata sekarang adalah, terima kasih abang.

*END*

Wednesday, May 25, 2011

Oh Boneka.

Dalam masa 2 bulan, aku dapat menjadi teman lelaki kau. Dan aku bangga sebab aku tak expect dapat kau in two month. :)
Errr..tu je kot untuk sekarang. hohoho..
Currently, at starbuck. Till next time. :)

Sunday, April 24, 2011

Minggu Pertama -END-

Hell yeah!!!!!!!! Minggu pertama dah berakhir! Damn sakit otak aku! Dah laa paper power macam ape! *Ni je nk tulis..bye!

Saturday, April 16, 2011

Perubahan.

Dulu dan kini, aku sedar banyak perkara berubah. Semua pasti baru, pasti yang terbaik dan semua pasti mengikut trend zaman. Bukan sahaja barangan berubah, manusia juga berubah. Orang selalu kata teknologi akan bertambah canggih. Tapi kalau teknologi yang dicipta manusia itu bertambah canggih, maka orang pun sama laa kn? =.=
Jika macam tu jawapannya, salah laa..sebab hati manusia ini senang pecah. Kalau dia pecah, susah nak betulkan. Tapi tak semua macam tu. Ada yang pecah terus baiki balik hati mereka. Mereka bina dari bawah dan buat sesuatu yang menakjubkan. Oh manusia. Satu-satunya mahkluk Allah SWT yang diberikan akal untuk mereka fikir yang mana betul dan yang mana salah.
Pape laaaaaaa! Yang penting sekarang aku nak cakap. MANUSIA boleh berubah! Jangan nak tanya macam "kenapa" kepada  mereka melainkan jika kita mengambil berat. Till next time. :)

Tuesday, April 12, 2011

3 years.

Hmm..I remembered the first time i met you. It was soooo awkward for me back then. Tapi, walaupun terasa janggal, aku still tak pernah berhenti nak kacau kau. Well itu kisah lama. Still..walaupun dah menjadi kenangan, aku akan hargai kenangan itu walaupun aku akan couple dengan orang lain (di mana aku rasa takkan couple). Heh..I'm just full of talking than walk my talk. Aku memang teruk gilaa! Hari jadi kau pun aku tak ingat (masa time tu). But now, setiap kali hari jadi kau, aku akan teringat kau. Kau akan marah - marah aku bila dulu aku tak ingat hari jadi kau. Aku paham sebab apa kau marah. Mana taknya, kau ingat hari jadi aku tapi aku? heh..No wonder I deserve this. Masuk tahun ni, rasanya dah nak masuk tahun ketiga. Tahun ketiga anniversary kalau aku tak buat some bad decision. Tahun yang maybe akan buat aku bahagia dengan kau. Alangkah bagusnya kalau begitu.

Tapi semua itu dah lepas. Live goes on rite? Betapa kuat aku ingat kat kau, betapa kuat aku sayang kat kau pun, I guess we will never be together again. Rite? Baru - baru ni aku jadi duri kepada dia. Aku pun tak tau kenapa aku forward mesej tu. Or better yet, I'm the creator of that text. Well, maybe what people say were true. That if your a coward, you always be a coward. So what do I care? I can always choose to run like always. But till when? untill when I can keep running and hiding? People will know what my fear sooner or later..Time will play me as I'm its doll.

Untill next time. :)

Wednesday, April 6, 2011

Peperiksaan.

Peperiksaan. Actually, bagi aku ni, peperiksaan bukan penting pun. Tapi untuk kita menguji diri kita sejauh mana kita faham dalam subjek, maka peperiksaan telah dijadikan sebagai batu loncatan. Kerana peperiksaan ini membantu kita membuat nama ketika di kelas dan siapa tahu, di seluruh kita belajar.! Walaupun kita masih belajar, kita kena set-kan balik niat kita..Sebab apa kita belajar..apakah kita ingin menolong negara dan rakyat atau kita hanya mengejar harta duniawi dan wang sahaja. 
Korang yang baca ni pun, mesti dah besar. Dah ada otak untuk tahu apa aku cakap. Aku tak nak bebel panjang sebab aku takde mood. So that's all! daa~
*Btw..i've just know a girl that i've been looking her facebook account. I'm excited to know her! assalam. :D

Thursday, March 24, 2011

Dota.

Setelah lama aku diam..kini aku kembali memekak di blogspot. Sebenarnya takde cerita best pun yang berlaku kat life aku. So, malas lah aku nak tulis blog. Tapi entree kali ini aku nak cakap pasal dota. Pergh! Sebelum aku cakap pasal dota..Meh aku terangkan apa itu dota. Dota ni sebenarnya...satu game sahaja..tapi oleh sebab ada garena kita berupaya bermain on9 tetapi cara di connect di garena adalah seperti LAN connection. Memang best laa dota..(aku dah stop tp macam mana ntah boleh main balik)..Dota ni kita pilih satu hero dan fight..Musnahkan satu sama lain di antara dua puak..Sentinel dan Undead. Sentinel terdiri dari askar yang baik. Mereka terdiri dari golongan orang kerdil, manusia dan juga troll manakala Undead pula ada sekumpulan Monster yg kuat dan jahat. Sentinel mendapat tahu bahawa Undead hendak menghidupakan Frozen Throne (iaitu monster yang paling hebat!). Ini je kot entree aku kali ni..Aku ada topik best, tp masa tak mengizinkan la. So, sayonara!

Sunday, February 6, 2011

Hidupku ketika cuti..?

Jom tengok aktiviti siapa sama dengan aku..aku rasa macam takde siapa yang sama..hahaha..

Pagi.
-bangun subuh saja..kemudian membuta sampai pukul 9 - 10 am.
-lepas tu sarapan dan ngadap buku hiburan.

Tengah Hari.
-ngadap lappy sampai petang. Solat zuhur tidak ditinggalkan. Lewat sahaja.

Petang.
-jogging. *macam selalu buat dan solat Asar.
- atau lepak dengan member terchenta!

Malam.
-main game.

Kesimpulannya, konfem korang punya rutin tak sama kan dengan rutin aku..haha..apa yang aku nak tekankan ialah..bukan semua orang sama dalam dunia ni..mungkin rambut je sama hitam..tapi hati orang lain-lain..dah hati lain-lain konfem laa parent pun lain-lain..adik beradik pun perangai mereka lain..apatah lagi dengan orang lain kn..wah..banyak lak perkataan 'lain' ..haha..apa apa pun lah kan..jangan suka suki je nak orang ikut jejak kita..sebab mungkin dia ada cara lagi senang. setakat ini sahaja puake sekalian..kalau aku rajin aku update lagi..muahahaha..

Saturday, February 5, 2011

Damn.

Oh, sesungguhnya aku manusia biasa yang hanya mampu melihat sesuatu dari bidan kuasa ku. Namun, itu tak bermakna aku harus berputus asa kerna Islam tidak mengajar kami untuk berputus asa. Sesungguhnya, Allah SWT maha adil. Akan di berikan permintaan ku. Hanya masa saja akan Dia tentukan.
:)

Thursday, February 3, 2011

Oh. Kebosanan.

Cuti seminggu dah pun nak habis and yet aku still tak buat pape. Eh, jap2. Ada laa gk aktiviti yang aku buat. Tapi aktiviti semua tak penting sebab ada assignment yang menyemak cuti aku. =.=
Aku ada 2 assignment. Salah satu darinya aku kena buat pasal pencapaian tamadun Melayu.

Kalau nak cari pasal masalah sosial tu memanglah senang tapi kalau bab2 kegemilangan tamadun Melayu ni, sikit punya susah beb. Aku pun boleh terfikir jap kenapa laa banyak orang Melayu bermasalah. Tapi bila tengok balik, orang Melayu memang ramai. Jadi jika kita lihat dalam bilangan, pasti kita ramai. Tapi jika di dalam peratusan, mungkin tidaklah sebanyak mana.

Selain dari tu, kalau aku surf pasal Melayu je, tamadun Islam pun pasti mengikut link itu. Kenapa eh? Jawapannya kerna orang Melayu kita , kerajaan Melayu dulu, mempunyai hubungan yang agak kuat dengan Kerajaan Uthmaniyah. Masakan saja Melaka boleh pertahankan dirinya jika Kerajaan Uthmaniyah tidak menolong dalam segi peralatan dan senjata. Dan jika anda kata orang Melayu kita tidak pakai senjata api ketika menentang Portugis, maka andalah yang salah. Kerana orang Melayu sudah pun pandai menggunakan senjata api. Bukan sahaja senjata api, malah kapal - kapal orang Melayu juga lebih laju dan berguna di Selat Melaka.

Haaa..selain dari aku buat assignment ni je, aku ada gak baca paper pasal kejadian di Mesir. Aku pun dah keliru dengan pe yang jadi dekat sana. Tapi one thing for sure, aku tak sangka kita ada ramai student kita dekat Mesir tu. Bila aku dengar student Indonesia ada dalam 6400, aku expect sikit student kita tp aku silap. =.= Total student Malaysia ada dalam 11000. Banyak tu! No wonder kerajaan lembab dalam mengambil keputusan. Tapi, kerajaan pun tak patut ambil masa lama-lama sebab kat sana Islam dah bercampur dengan Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kita yang ASWJ ni tidak disukai oleh Syiah kerana beberapa perkara. Syiah sanggup bunuh kita dahulu dari membunuh orang kafir.

Aish..banyak benda sebenarnya dah jadi tapi aku tak boleh laa nak cakap. Kang aku salah susun ayat kang, orang kata aku nak berpolitik. Oleh itu, nanti bila aku nak berblog aku update. see ya!

Sunday, January 16, 2011

Kepada TFM.

Okay! Dengar ni baik-baik! Stop spreading the rumors and read this. AKU TIADA AWEK. Except for u TFM. Oleh sebab kau TFM, aku baru tau macam mana rasa C.I.N.T.A itu. Kerna kau juga, aku tau yang C.I.N.T.A itu tidak berasaskan rupa mahupun populariti. Tapi ia berasaskan dalaman. Ia berasaskan hati. It just can't be born without mutual understanding.

For 3 months we were together and during that time, I learnt a lot! Kau lah kekasih muda ku dan kekasih terbaik aku pernah ada. Even bila aku rasa aku minat kat someone, the feeling for her just can't beat the feeling I once had towards u. The aura was sooo different. I know that it was my selfishness that brought us a part and again, Im sorry for making that stupid decision. I should be strong during that time. And even now, I still regret about it.

Kali pertama aku lihat kau adalah ketika di perpustakaan sekolah. Kau dengan cermin mata merah kau serta gaya kau speaking membuatkan aku annoyed pada mulanya. But as time goes by, that same spec and that same style of speaking makes me want to know your more. I was an idiot from the start to not knowing you like me. I was an idiot from the start when your the first to express your feeeling towards me. I was the big idiot from the start to ask you to be my girl through the internet though I can do better that than. I was a bigger idiot when I dumped you for such an unexcusable reason. A reason which myself can't deny that, it is no reason. And Im still puzzled how this thing happend.

Dear TFM, thnx for showing me whats it feel to be a couple. I mean a true couple. I dont care the people around me when they calling me a pshyco when Im dating a 3 years younger than me back then. Because you are my hope, you are my future, you are my everything. Until now you are my everything eventhough we are not together. I still cant forget you. It's already 3 years and yet I still like you. For 2 years we havent meet since I went to matrikulasi and u moved school. I hope we can see each other again and who knows..we can revive the old 'us' .

Sincerely,
Your Big Fat Idiot..
Muhammad Danial bin Mohd Radzi.

p/s : do tell me your favorite thing.

Tension.

Oh. UiTM sem 2 sudah masuk n aku pun dh buat target aku berapa. Oleh kerna result lepas tidak memuaskan, sem ni result aku kena MEMUASKAN. Hari demi hari berlalu dan bila ku kira, dh 2 minggu hilang. Aku pulak boleh bantai rilek. Adei. Oleh kerna dah start sem baru, aku ingat perkara sem lama dilupakan. Rupa-rupanya tak! ARGH! Tension2. Kenapa laa benda sem 1 still ada?? Dengan prob sem satu lagi..Shit! Still, untuk mencapai cita-cita ku yang xseberapa terpaksa laaa aku harungi segala cabaran dgn hati yang tabah. Lagipun, aku kan abang. So, demi menjadi abang yang baik, aku kena laa buat yang terbaik. Betul x? Tapi, aku akui agak susah laa jadi abang ni. Dah ler asyik kena buli. Salah cakap pun jadi perselisihan faham yang amat ketara. Oh man! Apa apa pun, aku still ada famili dan rakan-rakan ku. So, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. :)

Tapi masih ada benda aku risau..N aku harap benda tu xkn jadi benda yang leh menjatuhkan aku.