Monday, September 13, 2010

2-4-4-3-4

Assalamualaikum dan...Selamat hari raya Aidilfitri!
:)

Orait. Jom cerita!! Raya kali ini amat membosankan! Dengan cousin yang seberapa, cam tak best oh. 1st raya as usual laa. Visit grandparents. 2nd Raya pergi Melaka..hoho.
Dan ketika di Melaka juga laa terbukanya cerita tentang 24434.

Tahukah kamu yang Allah s.w.t dah bagi number Dia kepada kita? 24434 adalah number dia. Kalau tak percaya, baca lagi apa yang akan saya taip disini. 24434 stands for the rakaat we pray in a day. 2 stands for Subuh, 4 stands for Zuhur, Asar and Isyak and 3 stands for maghrib. Kan kita selalu solat. Dan juga kita telah berhubung dengan Allah,pencipta kita.

Oleh itu, rajin² lah kita dail number ini ok. Jangan lupa wuduk dulu!

:)

Sampai disini dulu. Nak main game!
:D

Hidup memang adil. TETAPI, kita boleh membuatkannya tidak adil.

Sunday, September 5, 2010

Oh. Raya.

Tutup mata, buka mata, tutup mata, buka mata. Sekejap lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal akan datang. Rasa teramat sekejap Ramadhan kali ini. Tak tahu laa kalau banyak kerja yang perlu dilakukan. Tapi memang terasa singkat Ramadhan kali ini. Jika dulu, ketika aku 6 tahun, terasa Ramadhan adalah bulan paling lama sekali! Satu hari pun rasa dah macam seminggu! Lama rasa. Tapi bila meningkat usia dan makin matang, tidak terasa sangat Ramadhan. Aish. Bila teringat yang aku ni makin tua, aku teringat tentang kematian. Lagi tua kita, lagi dekat kita nak pergi ke kubur. Teringat kubur, teringat pulak kat hukuman yang bakal kita terima ketika di dalam kubur. Mampukah kita untuk kita menjawab segala persoalan yang bakal di tanya oleh para Mungkar dan Nangkir?? Atau kita hanya akan didenda oleh mereka apabila salah memberi jawapan.? Takut rasa bila terfikir macam tu. Bulan Ramadhan kali ini telah banyak mengajar aku dalam erti Ramadhan itu sendiri dan erti kehidupan. Dan Ramadhan kali ini juga aku tahu untuk menerima sesuatu kejadian. :)



Bukan semua dalam kehidupan kita boleh dapat. Jika kita boleh dapat pun, bukan semua adalah segala-galanya. Betul tak? Duit bukan segala-galanya. Walaupun kehidupan ini perlukan duit untuk hidup, still money is not everything! Sebab kita masih ada agama dan cinta kepada Allah, family, sahabat-sahabat dan juga orang yang kita cintai kan? :) So, please don't let money control us. We are muslim! We have tons of things that are more important than money. :)



Kembali kepada Ramadhan dan Syawal. Ramadhan bakal pergi dan Syawal bakal tiba. Walaupun terasa sedih dengan pemergian Ramadhan, kita kena gembira dengan ketibaan 1 Syawal kerna menunjukkan kemenangan kita dalam bulan Ramadhan. Oleh itu, siapa yang tak puasa penuh tak boleh nak Raya!!!!

Akhir kata, Selamat Menyambut Aidilfitri Khas Untuk Umat Islam yang berpuasa penuh!
:)

Jumaat.

OHOI!!!




Siapa kata tak boleh nak adventure bila tengah study full time di sesebuah universiti? Boleh je aku dan member-member kami buat. Pantang hari Jumaat je kami explore UiTM bila nak ke Pusat Islam. Seronok! hoho.

Dua minggu lepas kami pi naik bukit celah mane ntah. Lalu jalan hutan. Tapi jalan hutan tu sangat cantik wei! Serius tak tipu!! gambar dah tak da. T.T so takle laa nak tunjuk. Adei~

Minggu lepas lak kita lalu kat jalan yang tak pernah orang terpikir nak lalu! hohoho. Jalan mudah tapiiii.........adei. Jalan sebenar dekat je tapi sebab gatal sangat..naik bukit lak~ adei.

ni beberapa gambar~