Sunday, May 29, 2011

Sebuah cerita di petang hari.

"Iman..bangun....bangun laaa...jangan kau nak tidur pulak..kat..kat sini" kata abangnya, Ikhwan, sambil menepuk muka Iman.

Selepas beberapa kali dipanggil nama Iman, akhirnya dia mulai sedar. "Err..aba...abang..kita kat mana ni?" tanya Iman. Ikhwan hanya membisukan diri. "Eh?! Abang! Kenapa ada besi tembus kat badan n tangan abang ni??" tambah Iman yang terkejut apabila dapat merasa beberapa batang besi menembusi badan dan tangan abangnya.

Ikhwan masih mendiamkan diri. Selepas seketika, Ikhwan memecahkan kesunyian dengan memberi arahan kepada Irfan, "I..Iman..Iman boleh ge..gerakkan? Tengok sana..na..nampak tak..cah..cahaya tu? Perg..pergi sana..nan..nanti abang fol..follow Iman ok?".

Iman hanya mengikut sahaja kata-kata abangnya. Iman merangkak ke arah cahaya itu seorang diri. Dia masih keliru dengan apa yang sudah terjadi. Sebaik saja tiba di punca cahaya itu, Iman terus rebah.


*****


Beberapa jam berlalu, Iman telah sedar. Dia mendapati dia berada dibawah khemah unit medik. "Adik dah sedar ye? Meh makan ubat ni..nanti takde laa lemau je badan nanti" kata jururawat yang sedang bertuga itu sambil memberikan Iman ubat.

"Akak, abang saya mana?" tanya Iman yang hairan kerana abangnya tidak berada di bawah khemah itu.
"Abang? Tapi kita jumpa adik sorang je tadi. Kita tunggu je laa pasukan penyelamat nanti ok? Hujan tengah lebat ni. Adik duduk sini diam diam" balas jururawat tadi. Iman terpaksa akur dengan kata-kata jururawat itu. Iman duduk seketika sambil memandang pokok yang dibasahi hujan. Dia perlahan-lahan ingat apa yang telah terjadi.

Dia dan abangnya serta beberapa orang lagi sedang menyertai aktiviti 'Jungle Trackking' sehinggalah mereka berdua terpisah dengan kumpulan utama.


*****


"Tengok! Ni semua salah kau! Kalau kau tak main-main tadi, takde laa kita jatuh kat sini sekarang" marah Ikhwan.

"Alaa, yang abang tu gatal sangat nak pegang tangan Iman, siapa suruh...Iman tak suruh pun kan?" balas Iman sambil buat muka.

"Apa kau bodoh ke?! Kau adik aku! Adik aku yang semua orang anggap baik laa..suci laa..what so ever bagai! Kalau aku tak selamatkan kau, lagi banyak laa nama aku dapat..dah cukup laa dengan aku jadi Black Sheep dalam famili..takkan dengan public pun nk buat hal gak? Aduh! Pikir laa!" Ikhwan membalas sambil menyentap baju Iman.

"Oh, kiranya nak selamatkan Iman semata-mata nama laa?! Baik tak payah macam tu! Heh" Iman terasa dengan kata kata abangnya.

"Pale kau, aku nak selamatkan kau sebab aku tak nak papa and mama sedih..ye laa..kau kan anak emas diaorang..compare dengan aku..heh..dah laa! Dari bertekak je..baik cari tempat nak pasang khemah ni hah..Hari pun nak hujan.."ujar Ikhwan.

Iman tahu abangnya baik, tetapi caranya itu tidak kena pada tempatnya.

Walaubagaimanapun, dia masih bersyukur yang dia masih hidup gara-gara kepantasan abangnya bertindak ketika jatuh. Mereka terus beredar dan mencari lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah. Setelah lama berjalan, mereka menemui kawasan air terjun. Masing-masing bersetuju untuk mendirikan khemah di situ.

Malam itu, mereka memakan bekalan mereka dan terus ke sleeping bag masing-masing. Sebelum tidur, Iman sempat bertanyakan sesuatu yang telah lama dia pendam dengan abangnya. "Abang, kenapa abang tak sambung belajar?" tanya Iman dengan perlahan.

"Dah abang tak dapat result bagus time SPM dulu, nak buat macam mana. " balas Ikhwan sambil lewa.

"Tapi result abang kan lagi bagus dari Iman..9A1 tu!" balas Iman dengan nada kehairanan.

"Dah-dah laa tu Iman, perkara lepas tak usah dikenang. What done was done" kata Ikhwan.

Iman masih tidak puas hati dengan jawapan abang dia.

"Iman, belajar rajin-rajin tau..jangan main-main..dunia sebenar kejam..Don't be like me..I'm not a good brother..Abang tau..abang tak macam kawan-kawan Iman punya abang..abang takde nama mahupun kejayaan yang boleh dibanggakan...abang just nak tengok Iman berjaya..itu sahaja" Ikhwan mencelah memberi nasihat kepada adiknya.

Disitu, Iman dapat merasakan kebaikan dalam keganasan sifat abangnya itu. Malam itu tidak lena Iman tidur. Dia masih teringat kali terakhir dia berkata dengan abangya sebegitu. Kalau tak, asyik kena maki,pukul,tumbuk dan macam-macam lagi abangnya bagi. Sedang dia hendak melelapkan mata, Iman terasa sesuatu yang besar sedang datang ke arah mereka. Ikhwan yang terasa dengan gegaran itu terus melindungi adiknya dengan menarik adiknya ke tanah serta menjadikan badannya sendiri sebagai perisai.


*****


Air mata membasahi pipi Iman. Dia sudah ingat apa sebenarnya berlaku. Hujan semakin lebat, Iman pula semakin risau dengan keselamatan Ikhwan. Bolehkah dia lepas? Iman tertanya kepada diri sendiri.

Di luar khemah, Iman ternampak lembaga hitam yang sedang mendekati khemah itu. Lembaga itu bergerak perlahan. Iman melihat sahaja lembaga itu. Secara spontan Iman terus berlari mendapatkan lembaga itu. Dia kenal lembaga itu kerana lembaga itu adalah abangnya. Apabila Iman tiba sahaja, Ikhwan terus merebahkan diri. Dia sudah pengsan. Para jururawat dan doktor disitu menolong Iman mengangkat abangnya. Jururawat dan doktor agak terkejut dengan keadaan Ikhwan kerna mendapati batang besi khemah menembusi badannya.

"Adik, takde apa saya boleh buat dengan peralatan disini. Abang awak dah hilang banyak darah. Dia berdiri di sini pun satu keajaiban" kata doktor.

"Ch..chill laa dude..ab..abang tak..takkan lari dari adik..so..jangan risau laa..okay?" Ikhwan mencelah sambil membelai rambut Iman. Iman hanya membisukan diri dan membiarkan saja air mata membasahi pipi. Malang buat Ikhwan, dia meninggalkan Iman selepas membelai rambut Iman.

Bagi Iman, abangnya adalah segalanya walaupun abangnya melayan dia kasar. Iman juga tahu, abangnya tidak sambung belajar kerna dia juga. Cuma pada waktu itu, kedudukan kewangan keluarga mereka tidak mampu untuk menyara mereka berdua ke pengajian tinggi. Dia juga tahu, abangnya telah membayar yuran pengajiannya di kolej. Namun dia masih tidak berpuas hati. Mengapa abangnya perlu menderita kerna dia? Adakah ego? Iman sendiri keliru dengan abangnya.

Soalan itu terjawab apabila dia menerima lawatan seorang tetamu. Tetamu tersebut adalah peguam dan juga kawan baik abangnya. Beliau menyerahkan satu dokumen. Selepas peguam itu pulang, dia membuka dokumen itu :

"Kepada adikku, Iman. Andai kata kau mendapat surat ini, pasti aku telah tiada di dunia ini. Oleh itu, aku meninggalkan pesananku dan kebenaran tentang diriku serta sedikit hartaku. Aku mahu kau berjaya dalam pembelajaranmu dan kehidupanmu. Tidak mahu ku lihat kau menjadi seperti ku, memilih jalan kegelapan berbanding jalan yang bercahaya. Aku tahu aku hanya seorang yang jahat, pantang saja kalau kau buat salah akan aku pukul. Namun, jangan salah faham sikapku ini. Aku hanya mahu melindungi dirimu wahai adikku. Tolonglah, jangan buat keputusanmu dengan terburu-buru seperti ku. Janganlah kau gadaikan pembelajaranmu dan masa depanmu untuk orang lain. Fikirkan masa depanmu dan pastikan cita-citamu berjaya dicapai. Aku cuma mahu, kau tahu bahawa, aku sayangkan kau Iman. Tidak pernah aku merasa benci terhadapmu walaupun papa dan mama selalu marahkan aku sebab salah kau. Still, I love you bro. Brothers till the end. Oh, ni pula cek dalam RM 1,000,000.00 untuk kau. Mana aku dapat duit ini adalah dari segala titik peluh aku. Use it wisely. Moga kita berjumpa lagi."

Iman tidak mampu untuk berkata apa-apa. Apa yang dia mampu kata sekarang adalah, terima kasih abang.

*END*

Wednesday, May 25, 2011

Oh Boneka.

Dalam masa 2 bulan, aku dapat menjadi teman lelaki kau. Dan aku bangga sebab aku tak expect dapat kau in two month. :)
Errr..tu je kot untuk sekarang. hohoho..
Currently, at starbuck. Till next time. :)