Sunday, July 18, 2010

FLASHBACK!!!

Ye-ye. Aku tau mungkin kau tidak akan membaca ini. Aku juga tahu kau yang mungkin kau tidak akan membuka notes ini. Tetapi aku berharap sangat kau membuka dan membaca notes ini. Sesungguhnya, tidak mahu ku tag kan notes ini agar kau tahu aku buat. Aku hanya mahu kau membacanya secara ikhlas, biar kau menghayati lagi. Tetapi tidak mahu ku memaksamu jika kau tidak mahu.

Ketika ku menjejakkan kaki Andalas, amatlah ku rasa terasing sekali. Tiada kawan, tiada sahabat dan juga tiada sesiapa yang ku kenal samada yang tua mahupun yang muda. Masuknya aku ke darjah 5 juga telah sekali lagi aku dibuli. Walaupun begitu, tidak mahu ku berkata itu membuli kerna aku juga berseronok ketika bersama si pembuli itu. Oleh itu tidak boleh untuk ku berkata di pembuli. Entah bagaimana, aku terjumpa kembali dengan seorang rakan sekolah agama ku. Tidak tahu pula dia sekolah disitu. Lama kelamaan, ku telah pun membina pengaruh ketika di sekolah rendah. Walaupun pengaruh ku tidak lah sekuat mana,tetapi boleh lah juga diharap jika sesuatu terjadi kepada ku. Hari demi hari berlalu, pantas pula ku rasa. Namun begitu, berjaya juga untuk aku mengenali rakan sekelas ku. Antaranya adalah dia. Salah seorang budak perempuan yang baik terhadap ku. Terasa kekok juga diri ku apabila bersama dia. Oleh kerna kami masih budak, tidak pula kami menganggap sebagai lebih dari seorang kawan. Hanya perkataan kawan itu sahaja telah membuatkan aku tersenyum apabila kau serta geng kau ada bersama ku.
Apabila hendak memasuki darjah 6, kawanku berpindah. Sedih juga hatiku, akan tetapi dia meninggalkan aku dengan kawannya yang boleh dipercayai. Muzafar lah nama orang itu. Sepanjang aku bersama dia, tidak pernah ku berasa sunyi. Tidak pernah ku jemu untuk berbuat apa sahaja dengan dia. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada dia kerna mengajar ku pelbagai perkara ketika di sekolah rendah. Selain Muzafar, aku juga bertemu dengan Fadhil. Kami berkenalan ketika didalam bas sekolah apabila tiba masa untuk pulang ke rumah. Dan dari dalam bas itu juga aku mengenali Aina Syuhada,seorang gadis yang amat popular pada ketika itu dan juga digilai ramai budak lelaki pada ketika itu. Cantik ,cantik juga. Comel, comel juga. Sudah tentu kerna baru darjah 6. Tidak lengkaplah seseorang jika belum baligh lagi. Ketika itu, Aina berada di kemuncak. Apa sahaja dia buat,pasti akan ada orang berkata. Gosip tersebar dengan cepat walaupun baru di sekolah rendah. Namun begitu, tidak pula ku terfikir yang akan aku dapat berkawan dengan dia dan juga mempunyai hati untuk dia.
Sesudah itu, masa berlalu lagi. Kali ini lebih laju. Apa yang ku sedar, aku terus berada di tingkatan 1. Dan pada masa itulah aku dapat mengenali Dia dan juga Aina dengan lebih dalam lagi. Semakin tua kita, semakin kita banyak berfikir. Namun bagi lelaki, tidak banyak yang berubah kerna kebanyakan lelaki akan berfikiran matang pada usia 15 tahun secara puratanya. Walaupun begitu, minat ku untut mengenali Dia dan Aina terlalu kuat. Pada mulanya, aku berfikir yang mungkin aku akan disambut secara hambar oleh mereka berdua. Namun sangkaan aku meleset apabila mereka melayan ku dengan baik sekali. Tidak seperti ketika di sekolah rendah. Seolah-olah, bermulanya buku baru. Kali ini, tidak akan ku melepas kan peluang untuk mengenali Dia dengan lebih lanjut. Aku cuba untuk mengenali dia. Agar aku boleh tahu, bagaimana sifatnya. Adakah dia sebetulnya baik? Atau adakah dia hanya berlakon? Satu demi satu ku mencari, membongkar tentang diri Dia. Dan setelah 3 tahun aku mengenali Dia dan Aina, aku dapati bahawa mereka berdua adalh gadis yang baik dan akan mencuba apa sahaja demi membantu rakan. Namun, dalam 3 tahun itu juga, bukan sahaja persahabatanku semakin akrab dengan mereka, malah timbulnya suatu perasaan. Tidak pula ku tahu apakah perasaan itu kerna kali pertama bagiku. Setelah ku bertanya kepada rakan-rakan lelakiku, baru ku tahu inilah perasaan yang orang selalu memanggilnya CINTA. Tetapi adakak aku menyintai mereka? Aku sendiri tidak tahu. Aku berterus terang sahaja dengan Aina, tetapi dia menolak dengan baik. Keputusannya,kami telah menjadi kawan yang teramat baik. Bagi Dia pula, tidak berani ku luahkan. Takut juga aku jila dia menolak. Aku pula mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Tahun demi tahun, akhirnya kau berjaya juga dalam pelajaran kau. Akan tetapi pasti ada halangan yang akan menghalang diri ku untuk mengenali kau lagi. Mungkin ujian dari Dia yang Maha Esa. Tidakku kisah kerna ku yakin, Allah akan memberi ku segala dugaan kerana dia tahu aku akan pasti berjaya melakukan.

Tidak mahu ku luahkan kerna takut juga aku jika dia menjauhkan diri dariku. Tidak sanggup untukku jika dia lari. Namun, oleh kerna aku diam selama bertahun-tahun, ia telah membuatkan ku tidak duduk diam. Takut kehilangan dia dari aku, dari mataku dan lebih-lebih lagi hati ku. Tetapi itu semua tidak bermakna lagi kerna dia bakal tiada. Tidak lagi ada masa untukku keluar dengannya. Tiada lagi untuk aku berjumpa dengan dia. Tiada lagi semua itu. Sesungguhnya, aku akan merindui kau wahai sahabatku. AKu amat menyayangi kau wahai sahabatku. Dan jika kau membaca ini, aku hanya mahu kau tahu sesuatu sahaja dari diri ku yang lemah ini.
AKU MENYAYANGI KAU!

Aku akan sentiasa mencintaimu walaupun ku tahu yang kau tidak akan mencintai ku. Tetapi itu tidak mengapa kerana aku hanya mahu kau tahu bahwa, Aku mencintai kau.

Sunday, July 4, 2010

Wah! A new journey!

YEAH!!!..Orientasi sudah habis! Bermulalah kembali kehidupan ku sebagai pelajar! Muahaha.. Okay,, Sekarang dah target..nak 6 je DL! tapi macam sikit. hmm.. Takpe takpe..buat 6 DL berturut-turut dulu..hehe..ada 2 orang dah cabar!
Satu, my mom and another one is my PM, Abang Jumardi! Bila tengok result mereka..Wah! Rasa TERCABAR!! sangat sangat!! Apa lagi danial oi! Belajar laa dari mereka!
^.^v doakan aku agar berjaya!
hehe
peace dulu~