Thursday, February 3, 2011

Oh. Kebosanan.

Cuti seminggu dah pun nak habis and yet aku still tak buat pape. Eh, jap2. Ada laa gk aktiviti yang aku buat. Tapi aktiviti semua tak penting sebab ada assignment yang menyemak cuti aku. =.=
Aku ada 2 assignment. Salah satu darinya aku kena buat pasal pencapaian tamadun Melayu.

Kalau nak cari pasal masalah sosial tu memanglah senang tapi kalau bab2 kegemilangan tamadun Melayu ni, sikit punya susah beb. Aku pun boleh terfikir jap kenapa laa banyak orang Melayu bermasalah. Tapi bila tengok balik, orang Melayu memang ramai. Jadi jika kita lihat dalam bilangan, pasti kita ramai. Tapi jika di dalam peratusan, mungkin tidaklah sebanyak mana.

Selain dari tu, kalau aku surf pasal Melayu je, tamadun Islam pun pasti mengikut link itu. Kenapa eh? Jawapannya kerna orang Melayu kita , kerajaan Melayu dulu, mempunyai hubungan yang agak kuat dengan Kerajaan Uthmaniyah. Masakan saja Melaka boleh pertahankan dirinya jika Kerajaan Uthmaniyah tidak menolong dalam segi peralatan dan senjata. Dan jika anda kata orang Melayu kita tidak pakai senjata api ketika menentang Portugis, maka andalah yang salah. Kerana orang Melayu sudah pun pandai menggunakan senjata api. Bukan sahaja senjata api, malah kapal - kapal orang Melayu juga lebih laju dan berguna di Selat Melaka.

Haaa..selain dari aku buat assignment ni je, aku ada gak baca paper pasal kejadian di Mesir. Aku pun dah keliru dengan pe yang jadi dekat sana. Tapi one thing for sure, aku tak sangka kita ada ramai student kita dekat Mesir tu. Bila aku dengar student Indonesia ada dalam 6400, aku expect sikit student kita tp aku silap. =.= Total student Malaysia ada dalam 11000. Banyak tu! No wonder kerajaan lembab dalam mengambil keputusan. Tapi, kerajaan pun tak patut ambil masa lama-lama sebab kat sana Islam dah bercampur dengan Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kita yang ASWJ ni tidak disukai oleh Syiah kerana beberapa perkara. Syiah sanggup bunuh kita dahulu dari membunuh orang kafir.

Aish..banyak benda sebenarnya dah jadi tapi aku tak boleh laa nak cakap. Kang aku salah susun ayat kang, orang kata aku nak berpolitik. Oleh itu, nanti bila aku nak berblog aku update. see ya!

No comments:

Post a Comment