Tuesday, June 8, 2010

Ummi - Ke-Danial-an

"Saya tak nak kawan dengan awak lagi!!!!!" menjerit Ummi. "Tapi Ummi..saya..saya tak sengaja..patung awak ter..terjatuh sebab angin..angin kuat" jelas Danial dengan nada ketakutan. "Tak kira!! Tak nak jumpa awak lagi!!!" Ummi memarahi Danial lalu meninggalkan dia di tepi jeti yang berdekatan dengan hotel mereka. Danial berasa serba salah. Bukan sengaja dia mahu menjatuhkan patung Barbie kesayangan Ummi. Berapalah kuat gengaman seorang kanak-kanak berusia 8 tahun untuk menahan tiupan angin kencang. Danial terduduk di atas jeti. Dia tidak mengendahkan hujan yang turun membasahi dirinya dan bumi.Sekarang, dia hanya memikirkan bagaimana hendak mengambil kembali patung Barbie itu dari lautan yang lautan.

"Errrrr..hmmmm.." Danial terjaga. "Hah! Bangun pun kau! Kau oki tak ni?" tanya Azman, teman sebilik Danial. "Kau buat ape kat tengah-tengah padang hari tu. Kau kan tau, immune sistem kau lemah! Jangan laa buat macam tu..hmm.." tambah Azman. Danial hanya tersenyum dan berkata "Saja nak main hujan..hehe..hmm..kau ke angkat aku sampai bilik ni Man?" tanya Danial. "Aah..tapi bukan aku sorang..tu hah..Syifa' pun tolong tadi" balas Azman. Danial terdiam. Danial tidak suka menyusahkan kawan-kawan dia lagi - lagi Azman dan Syifa'. "Dan..kau still fikir Ummi ke?" tanya Syifa'. "Nta laa wei. Aku dah macam tak kenal diri aku dah sampai perasaan diri sendiri pun tak tau" jawab Danial. "Habis tu..mana kau nak campak Nurul?"tanya Azman pula. "Pe kena mengena dengan Nurul lak ni?" balas Danial dengan kehairanan. "Kau bukan tak tau..Nurul tu suka kau..Dia ok what! Leh kata perfect lagi dari Ummi kau.." belum sempat Azman menghabiskan ayat dia, Danial mencelah "Habis tu..Perasaan aku macam mana?! Takkan aku kena mengalah je? Aku..aku nak gak rasa..rasa bila aku sendiri pikat perempuan tu..Azman..kau mesti faham aku kan..macam kau dengan Aida gak..pe kau rasa bila dapat Aida tanpa bantuan orang lain? Puaskan? Betul tak? Aku nak rasa gak Man, perasaan tu" dengan nada yang agak sedih. "Man..aku tak nak jadi macam dulu..aku tak nak asyik bagi perempuan yang suka aku peluang and in the end, aku yang tinggalkan mereka dengan alasan yang sama, Aku tak cintakan kau" sambung Danial. Syifa' membahukan Danial yang sedang menitiskan air mata. Air mata yang teramat jarang ditunjukkan oleh Danial kepada siapa-siapa walaupun kepada mereka berdua. "Dah laa tu Dan, kalau kau suka dia just keep on fighting. Awal lagi pun kan?" Syifa' memberikan galakkan kepada Danial sambil melemparkan senyuman mahalnya serta menepuk belakang Danial.

Tiga bulan telah berlalu sejak insiden itu. Danial sudah langsung tidak menghubungi Ummi sejak dari itu. Namun, dia masih teringat Ummi. Hatinya masih terbayang Ummi. Tetapi apakah daya, Ummi akan hanya melarikan diri dari Danial jika bertembung. Walaupun begitu, Danial masih berdoa agar dirapatkan kembali hubungan mereka. Ketika sedang berjalan pulang ke bilik. Ada suara memanggil Danial "Danial!! Wei!! Tunggu laa!". Danial menoleh ke arah datangnya suara itu. "Oh. Nurul..kenapa?" tanya Danial. "Nah..ni kad jemputan ke birthday party Nurul. Danial datang tau!' balas Nurul sambil menyerahkan kad jemputan ke Danial. "Nanti ajak Syifa' dengan Azman tau..hehe" tambah lagi Nurul sambil melemparkan senyuman ke Danial. "Oh. ok. Nurul, thank you tau sebab ajak kami" balas Danial sambil membalas senyuman Nurul. Nurul pergi meninggalkan Danial dengan riang. "Sukanya dia" bisik Danial di dalam hatinya.

Danial mengambil kunci dari poket seluarnya dan membuka pintu. Salam diberi ketika di memasuki biliknya. Teman sebilik dia menjawab salam Danial itu. Dia terus merebahkan diri ke tilamnya. Sambil berbaring, dia melihat kad jemputan Nurul. Dia membelek-belek kad jemputan itu. Sedang dia membelek-belek kad itu, dia nampak kesan gincu berbentuk bibir di dalam kad itu dan ayat ' Datang tau nanti ' terselit di bawah kesan gincu itu. "Wei korang..Nurul ada ajak pergi ke rumah dia. Dia buat birthday party. Kita nak pergi tak?" Danial bertanya secara tiba-tiba. "Dia ajak kita ke kau bro?" balas Syifa' sambil tertawa kecil. "Aku tanya betul-betul ni, kalau korang pergi aku pergi laa gak" jawab Danial. Azman dan Syifa' bermesyuarat seketika. "Kita pergi je lah tapi dengan satu syarat, kau bagi chance kat Nurul..amacam?" Azman berkata sebaik sahaja selesai bermesyuarat dengan Syifa'. "Huh? Asal aku kena bagi chance lak. Dia just ajak je..kalau kita tolak pun takpe kan" Danial cuba berunding dengan mereka. "Memang ler dia just ajak, tapi kalau bagi kad jemputan dengan kesan kiss..and baunye wangi lagi, tu bukan jemputan ke party dia je tapi jemputan ke hati dia gak" Syifa' memberitahu sambil menunjukkan kesan kiss itu. "Eh! Bila masa kau amik kad tu?" tanya Danial kehairanan. "Tadi, masa kau pandang aku tadi" Azman menjawab. "So, kita nak pergi ke tak ni? Tak baik tolak jemputan kalau orang tu jemput kita" tanya Syifa'. "Kita pi je laa, bukan jadi papepun kan" balas Danial lalu terus baring kembali.

"Wei! Cepat ler der! Kang aku tinggalkan korang nanti, baru tau" arah Azman supaya Syifa' dan Danial cepat. "Sabar laa wei!! Tengah tengok baju mana nak pakai..kang pilih yang koyak kang, malu lak korang" balas Syifa'. Danial hanya ketawa sahaja melihat gelagat Azman dan Syifa'. Bagi Syifa', ini adalah kali pertama pergi berparti dan oleh sebab itu dia mengambil masa yang agak lama untuk mengenakan pakaian. "Syifa', try pakai baju ni..aku rasa ok kot dengan kau" Danial memberi baju dia ke Syifa'. Tanpa melengahkan masa lagi, Syifa' menyarungkan baju diberi. Baju hitam itu kelihatan amat sesuai dengan Syifa'. Syifa' pun berpuas hati dan terus menarik Danial memasuki kereta Azman. Sesampai sahaja, mereka bertiga terlopong di hadapan rumah Nurul. Mereka tahu Nurul adalah seorang gadis yang kaya tetapi tidaklah sekaya sehinggakan mempunyai dua kereta BMW dan sebuah kereta Mercedes C-Class. Rumah Nurul yang disangkakan rumah jenis Bungalow juga tidak tidak tepat kerana rumah itu seperti Villa. Villa itu dilengkapi dengan kolam renang yang boleh dikatakan agak besar bagi kolam peribadi. "Danial!! Dah sampai pun, lama tau Nurul tunggu. Hmm.." panggil Nurul pabila melihat kelibat Danial. "Sorry datang lewat, ni haa..Syifa' ni lambat tadi" balas Danial. Sedang Danial dan Nurul leka berborak, Azman menarik Syifa' perlahan-lahan dan membiarkan saja Danial dan Nurul berborak-borak. Mereka leka berborak sehinggakan tidak perasan yang mereka berjalan perlahan-lahan dari ruang tamu Villa tu sehingga ke taman di belakang Villa itu. Danial yang menyedari tentang berubahan tempat itu berhenti seketika. Dia duduk dan melihat langit pada malam itu yang dihiasi bintang-bintang serta bulan yang bercahaya. Ketika itu juga, dia mengambil sesuatu dari beg sandangnya dan memberikan kepada Nurul. " Uit Nurul, selamat hari jadi yang ke - 20. Dah tua pun kau! " Danial berkata dengan senyuman terukir di bibir. "Oh..sweetnya! Thank you. Sayang Danial" balas Nurul. "Biasanya birthday girl boleh buat satu request kan?" tambah Nurul lagi. "Hmm..oki laa..sebab Nurul boleh laa..tapi satu je tau..apa dia request Nurul?" Danial membalas sambil melihat langit yang cerah ketika itu. "Nurul..Nurul nak Danial..Nurul..Nurul nak kita jadi couple..and kalau boleh..Nurul nak kahwin dengan..dengan Danial!" Nurul terus meluahkan isi hati dia kepada Danial. Danial terdiam. Tidak dapat berkata apa-apa setelah mendengar permintaan Nurul.

"Perhatian! Perhatian! Sekarang, jom kita dengar apa yang birthday girl nak cakap" kata Ana, kawan Nurul. "Terima kasih kepada semua yang datang malam ni ke parti Nurul. Sayaaaaaaannnnnnggggg korang! Dan terima kasih juga kepada sesiapa yang bagi hadiah jugak kat Nurul..terima kasih banyak banyak" kata Nurul. "Oh..lupa lak nak bagitau..Mulai malam ni..Muhammad Danial adalah milik Nurul dan famili. Nurul sayang Danial!"tambah lagi Nurul sambil menarik Danial lalu satu ciuman diberi di pipi Danial. Para hadirin yang hadir menepuk tangan manakala muka Danial merah kemerahan apabila dicium Nurul. Azman yang ketika itu bersama Aida dan Syifa' terlopong apabila mendengar kata-kata Nurul. Danial pula tidak tahu apa yang patut dirasa. Seronokkah kerna mendapat gadis pujaan kolej ditambah pula rupa yang menawan serta kaya atau sedih kerna perbuatan dia ini seolah-olah menipu isi hati sendiri yang dambakan orang lain?

-sambung-

sorry..cerita dh makin terbelit-belit. mesti dh xphm kn korang?
n sori juga kerana lambat sgt menyiapkan. ada problem ckit lately.
m.m
walau macam mana pun. enjoy~

1 comment:

  1. amboi3 nama nurul ada nama dalam cerita ni :P

    ReplyDelete