Monday, June 7, 2010

Sesuatu dari fikiranku.

Apa yang akan kuceritakan ini bukanlah cerita dongeng mahupun cerpen yang biasaku karang. Apa yang kuceritakan ini adalah secebis Pengalamanku. Pengalaman yang tercipta kerika dibangku sekolah.

Hari demi hari, tahun demi tahun.Kita membesar dari seorang bayi yang suci, yang bersih segala dosa hinggalah kita bersedia untuk menemuiNya – Pencipta kita. Ketika kita membesar, akan melalui suatu tahap yang di mana diri kita mempunyai perasaan ingin tahu yang melampau, memikirkan sesuatu keputusan dengan terburu - buru dan tidak lupa juga perasaan kita yang hendak mencari ‘orang yang sempurna’ bagi kita.

Apabila kita menjadi seorang remaja, diri kita akan dipenuhi dengan perasaan ingin tahu.
Sifat ingin tahu sememangnya adalah guru yang baik selepas pengalaman. Kerana, apabila kita ada sifat ingin tahu, kita berupaya untuk mempelajari suatu perkara. Kita akan cuba melakukan perkara baru dan merasa kesannya. Adakah perkara itu seronok atau menderita. Bagiku, sifat ingin tahu telah mengajarku banyak perkara. Antaranya kesannya, aku dapat naik ambulans secara percuma kerna kemalangan. Walaupun kemalangan yang aku lalui tidaklah seteruk mana tetapi dapatlah juga merasa tangan disimen dan dimasukkan titanium. Diingati kembali perkara itu, amatlah kelakar dengan kedua-duaku tangan ku dibalut seperti Pocong di sebelah katil hospital. Ketika itu baruku tahu, ramai juga insan yang digelar SAHABAT datang melawatku samada aku di hospital mahupun di rumah. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang juga melawatku. Terharu sungguh aku kerna mempunyai sahabat seperti mereka. Sahabat yang jarang dijumpai lagi-lagi pada zaman sekarang.

Nama pun sudah remaja, mestilah kita akan buat keputusan dengan terburu – buru. Walaupun begitu, pasti ada sebab di atas tindakan kita. Mungkin apa yang kita putuskan adalah apa yang kita anggap betul pada waktu itu. Ada satu pepatah yang mengatakan “Keputusan yang baik adalah keputusan yang di buat pada ketika itu”. Jadi tidak boleh salahkan sepenuhnya terhadap remaja. Mungkin remaja itu terdesak, siapa tahu isi hati seseorang. Lagipun, bukan sahaja remaja yang berbuat begini. Kadang – kala kita boleh juga lihat orang dewasa, yang sudah berkahwin mahupun yang memimpin juga membuat kesilapan ini. Namun, kita tidak boleh menyalahkan keputusan yang mereka ambil sepenuhnya. Perlu juga kita merasa sifat empati terhadap mereka. Ada juga kita membiarkan sahaja keputusan yang mereka ambil atas dasar nama kawan. Apabila kita bercerita tentang “Atas dasar kawan”, adakah kita bermaksud untuk menjaga ikatan persahabatan kita atau kita hanya menjaga perasaan dia? Tepuk dada tanya hati masing - masing. Bagiku, “Atas dasar kawan” yang sepatutnya adalah untuk menjaga ikatan persahabatan kerna kita tidak patut sengsara dengan segala perbuatannya. Jika kita ‘Kawan’ yang baik, kita patut membawa kawan kita ke jalan yang boleh kita berjaya bersama – sama. Jika kita hanya menjaga perasaan dia, tidak mengapakah kita disakiti? Walaupun mereka menikam kita dari belakang tetapi kita masih berkawan dengan dia kerna “Atas dasar kawan”. Tidakku sanggup melihat kawan-kawan ku yang lain sengsara jika kawan mereka berbuat demikian terhadap kawan-kawan ku.

Manusia. Makhluk yang paling bijak dan berkuasa. Namun tidaklah ia kuat jika hanya datang dari satu pihak. Apabila dua insan disatukan menjadi satu, kita dapat lihat yang mereka ini akan dapat melepasi segala rintangan dengan lebih mudah lagi. Tidaklah mereka sengsara keseorangan kerna akan ada yang memberikan galakkan. Jika seorang jatuh, seorang lagi akan cuba menarik dia dari jatuh. Jika seorang berjaya, seorang lagi akan cuba terbang lagi tinggi dari dia. Namun, untuk mencari orang seperti itu adalah susah. Kadang – kala ikut tuah badan. Tetapi jika kita mahu kan sesuatu pasti kita akan mencuba apa – apa sahaja untuk mendapatkan dia. Walaupun begitu, mestilah kita ingat yang niat tidak menghalalkan cara. Buatlah sesuatu dengan cara yang betul. Pencarian “Orang yang sempurna” bagi kita sebenarnya bukanlah suatu pencarian tetapi telah ditetapkan oleh-Nya. Kita hanya perlu berusaha untuk kita berjumpa dengan dia sahaja. Suatu perkara yang tidaklah susah. Namun, sebagai orang Islam kita tahu setiap benda yang telah ditetapkan boleh diubah dengan doa. Doa juga merupakan senjata umat Islam yang paling unggul. Oleh itu, janganlah kita wahai saudara – saudara dan saudari – saudari lupa untuk berdoa. Janganlah menganggap bahawa doa itu selepas menunaikan solat sahaja. Doalah dimana – mana sahaja. Doalah di bila-bila waktu. Kerna dengan doa, kita boleh mengubah suatu keadaan. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment