Monday, June 7, 2010

Sesuatu ku kutip ketika di mapley.

Kali ni aku tidak mahu bercerita, cuma mahu memberitahu tentang apa yang aku pelajari ketika aku menemani ayah aku bertemu dengan kawan-kawan politeknik dia.

Ayahku sering berkata-kata tentang zaman muda dia. Amat tertarik telinga ku mendengar dia bercerita. Mahu juga kubertemu dengan mereka jika boleh. Akhirnya, dapat juga kubertemu dengan mereka pada malam ni di Cheras. Sepanjang bersama mereka, aku hanya mendengar mereka bercerita tentang zaman mereka ketika di politeknik. Mendengar cerita-cerita sebegitu, aku hanya tergelak saja kerna setiap cerita mereka pasti ada sesuatu yang menarik. Dan secara tidak langsung juga, aku terfikir sejenak. Bolehkah aku menjadi seperti mereka? Sudah 28 tahun tidak berjumpa dan apabila berjumpa, mereka menjadi diri mereka yang dahulu, diri mereka yang sebelum berkahwin. Dan apa yang aku paling terkejut, mereka dapat berkumpul beramai-ramai seperti remaja yang selalu melepak. Adakah aku boleh berbuat seperti itu dengan kawan-kawan ku di sekolah mahupun di kolej dahulu? Berkumpul selepas masing-masing mengikuti haluan sendiri?

Mungkin ada juga betulnya tentang status aku pada malam ini. Beberapa perkara yang kita benci ataupun yang pernah mensakiti kita pada masa sekarang, akan kita gelakkannya pada masa depan. Pada masa kita itu, akan kita berjumpa kembali, duduk di kedai kopi dan berborak-borak seperti diri kita sebelum mengambil jalan kita. Tidak sabar ku menanti ketika itu. Semoga dapat kita berjumpa lagi.
:)

No comments:

Post a Comment