Monday, June 7, 2010

Alice

Alice

“Krrriiiiiiiinnnnnnnnnggggggggggggg” , menandakan sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan Starz semester pertama telah berakhir . Dua orang adik-beradik sedang berjalan keluar dari kawasan sekolah . Itulah Alice dan Ranzo yang terkenal di sekolah disebabkan pendirian mereka yang berlainan walaupun mereka adalah kembar . Alice adalah seorang yang baik hati dan lemah lembut tetapi sifatnya itu boleh berubah sekiranya adiknya terancam manakala Ranzo pula seorang kaki gaduh . Mereka adalah anak yatim piatu . Alice bekerja keras di waktu malam sebagai pelayan restoran mewah untuk menyara kehidupan mereka berdua manakala Ranzo suka melepak dengan kawannya , Ka Boon .
Pada keesokan harinya , Alice bertanya Ranzo mengapa tidak berusaha mencari kerja kerana cuti semester telah bermula pada hari itu . Dengan ringkas , dia menjawab “Malaslah kak” . Dengan cepat Ranzo beredar . Alice hanya mampu mengelengkan kepalanya . Alice naik rimas melayan kembarnya itu . Dalam perjalanan ke rumah Ka Boon , Ranzo terserempak dengan sekumpulan remaja yang sedang memukul seorang budak . Ranzo menjerit “ Woi!!! Apsal kau pukul budak tu hah?!! . Kalau nak pukul , pukul laa aku kalau berani ” . Mereka menuju ke arah Ranzo lalu menghayunkan sekeping kayu ke arah muka Ranzo . Ranzo mengelak.. Ranzo membalas dengan menendang kaki lawannya itu . Dengan mudah Ranzo dapat menjatuhkanya. Lawannya tergamam dengan kemampuan Ranzo . Sekumpulan remaja itu beredar dari situ dengan cepat kerana ketakutan . “Kamu tak apa-apa ke budak” tanya Ranzo kepada budak itu . Budak itu hanya mengangguk lalu mengucapkan terima kasih .
Selepas setengah jam , barulah Ranzo tiba di rumah Ka Boon . “Apsal lambat sangat? Kata pukul 9 pagi , tapi kau datang pukul 9.30 pagi . Apa hal?” , tanya Ka Boon kepada Ranzo . Ranzo menceritakan apa yang telah terjadi sebentar tadi. “Kau kenal ke budak tu? Cuba bagitau rupa fizikal dia” tanya lagi Ka Boon kepada Ranzo . “Budak tu berkulit hitam , rambut gaya punk . Kau kenal ke?” jawab Ranzo . Ka Boon menggigil ketakutan . Ka Boon membisik nama buak itu dan latar belakangnya kepada Ranzo . Ranzo terkejut mendengarnya . Rupa-rupanya budak yang Ranzo pukul itu adalah adik kepada ketua kongsi gelap di kawasan itu , Boldy . Dengan tenang Ranzo berkata “Rilek laa bro..Takkan laa diaorang nak cari kita kot?” Ka Boon hanya mendiamkan diri . Mereka berdua terus menuju ke perhentian bas .
Apabila bas tiba , Ranzo dan Ka Boon terus menaiki bas itu lalu menuju ke pusat membeli belah . Ka Boon memberitahu yang perutnya telah berbunyi . Ranzo memahami keadaan kawannya itu . Apabila sampai , mereka terus menuju ke sebuah restoran untuk mengisi perut mereka yang telah berbunyi sejak dalam bas lagi . Ketika dalam perjalanan menuju ke restoran , ahli kumpulan Boldy telah memintas mereka lalu mengugut bunuh sekiranya tidak mengikut arahan mereka . Ranzo dan Ka Boon dipaksa menuju ke belakang pusat membeli belah itu . Mereka bertemu dengan Boldy sendiri . Boldy menanya beberapa soalan termasuk siapa yang memukul adiknya . Ranzo mengaku dan meminta Ka Boon dilepaskan . Permintaan Ranzo itu ditunaikan. Ka Boon dengan cepat melarikan diri . Tanpa tertangguh lagi , ahli kumpulan Boldy membelasah Ranzo.
Ka Boon berfikir patutkah dia memberitahu perkara ini kepada kakak Ranzo , Alice? Akhirnya , dia membuat keputusan untuk memberitahu Alice . Ka Boon mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Alice . Alice terkejut mendengar berita itu . Alice terus menuju ke tempat Ranzo dipukul . Dalam fikiran Alice , dia tertanya-tanya , “Kenapa laa adik aku suka cari pasal” . Apabila Alice sampai , dia ternampak Ranzo terbaring dengan berlumuran darah . Ranzo ternampak kembarnya lalu menjerit kepada Alice , “Bodoh !! Kenapa ko datang?” . Boldy dan anak buahnya itu terkejut melihat seorang perempuan berada di situ . Alice meminta kepada mereka supaya berhenti memukul Ranzo . Boldy cuba membuat perjanjian dengan Alice . Antara syarat yang terkandung dalam perjanjian itu , Alice mesti tidur dengan Boldy .
Alice tidak bersetuju lalu terus mencapai sebatang kayu berpaku lalu menghayun ke arah muka Boldy . Boldy meraung kerana kesakitan . Boldy terasa terhina . Boldy terus capai tangan dan leher Alice . Kayu yang dipegang oleh Alice terjatuh ke belakang . Boldy cuba merogol Alice . Alice terjatuh lalu terkena paku yang terdapat pada kayu yang dipegangnya sebentar tadi di lehernya . Boldy dan kumpulannya terus lari lalu meninggalkan kembar itu . Ranzo cuba bangun dan mendapatkan Alice . Dia menelefon hospital supaya ambulan dihantar ke tempat mereka berada. Malangnya , Alice telah meninggal dunia sebelum ambulan sampai . Air mata Ranzo mengalir keluar . “Aaallliiiiiicccccceeeeee…” Ranzo menjerit .
Setelah sebulan peristiwa itu berlalu , Ranzo mengemaskan barang-barang yang hendak dibawa pindah . Sebelum Ranzo keluar , Ranzo memasuki bilik Alice . Ranzo menemui diari Alice secara tidak sengaja ketika mengemas bilik kembarnya itu . Ranzo membuka diari itu . Di muka surat terakhir diari itu :
Kenapa laa Ranzo suka bergaduh ? Aku pun tak faham kenapa lelaki suka bergaduh . Adakah ia adalah naluri semulajadi lelaki? Walaupun dia suka bergaduh , dia tetap kembar aku . Aku akan lakukan sedaya upaya untuk melindungi dia dan aku juga berharap dia akan menemui seseorang yang akan menyayangi dia seperti mana aku menyayangi dia .
Ranzo terharu dengan apa yang ditulis oleh kembarnya . Dia sentiasa berfikir bahawa kembarnya tidak pernah menyayangi dia . Tetapi baru dia tahu bahawa kembarnya sentiasa menyayangi dia walaupun dia seorang kaki gaduh . Air matanya terus mengalir keluar penuh penyesalan yang tidak bersudahan .

Tamat

No comments:

Post a Comment