Tuesday, June 8, 2010

Persahabatan

Oh sahabatku,
Kaulah segalanya bagiku,
Kaulah penguat semangat untukku,
Kaulah juga yang membuatkan aku untuk terus hidup agar cita-cita ku tercapai.
Oleh kerna Dia,
Kita telah mencipta satu hubungan yang digelar Persahabatan.

Ketikaku memerlukanmu,
kau lah yang sentiasa berada di sisi ku,
Ketikaku bahagia,
engkau lah yang akan ku pastikan berada disisiku,
dan ketika ku sedih,
akan ku lari agar kau tidak dapat melihat kesedihanku,
namun itu tidak pernah menghalang untuk kau tahu tentang diri ku sebenar,
Pasti, kau akan tahu juga kesedihanku,
dan ku juga tahu selagi kesedihanku tidak hilang,
kau akan sentiasa menemani aku walaupun kau kepenatan.

Oleh itu,
wahai sahabatku,
ku berjanji yang tidak akan kita dipisahkan,
tidak akan terlerai ikatan kita yang telah kita buat ini,
kerna ikatan yang kita cipta ini tidaklah rapuh,
aku percaya,
bahwa ikatan 'persahabatan' ini juga akan kekal samada di dunia mahupun di akhirat,
kerna andai kata ikatan persahabatan ini putus,
segala yang pernah kita lalui,
segala kenangan yang kita pernah ada,
segala memori yang terpahat dihati,
akan menjadi sampah yang tiada guna,
dan orang-orang yang pernah digelar sahabat akan terkubur,
terkubur begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment