Thursday, June 10, 2010

Sesuatu dari Anime.

Apa yang ditulis ini bukan cerpen mahupun cerita. Apa yang ku tulis ini adalah sedikit sebanyak melambangkan dimana kedudukan ku, dimana tempat ku dalam familiku. Tidak aku memaksamu untuk membaca tapi siapa tahu, mungkin apa yang akan ku kata ini mempunyai persamaan di dalam hidup kalian.

Bermula pabila menonton cerita Bleach di AniMax di Astro 715 pada petang Khamis 10/6/2010 di mana ku dengar satu dialog yang pernah ku dengari sebelum ini, "Kau adalah abang! Tahukah kau kenapa kau dilahirkan dulu?? Kau dilahirkan dulu sebab kau telah ditugaskan untuk melindungi keluargamu dan bukan membahayakan mereka!" demikian kata hero cerita itu , Kurosaki Ichigo. Mendengar kata-kata itu, ku teringat sesuatu. Kata-kata itu juga pernah ku kata dengan rakanku serta saudaraku dan kata-kata itu juga yang pernah sahabatku memberitahu ku.

AKU dilahirkan dahulu sebab AKU ada TANGGUNGJAWAB dan TANGGUNGJAWAB AKU adalah untuk MELINDUNGI KELUARGA AKU! Tidak dapat dinafikan bahawa menjadi anak sulung itu susah, tetapi jika Da telah menentukan sepatutnya tiada masalah kerna apabila Dia memberikan kita suatu cabaran, Dia tahu kita boleh buat jika kita bijak menggunakan akal. Kebiasaannya, anak sulung sanggup membuat apa sahaja demi keluarga. Mereka akan gembira jika keluarga mereka senang lagi-lagi adik adik mereka. Abang dan kak long tidak kisah jika apa-apa terjadi dengan dirinya selagi keluarga mereka senang. Ada juga ibubapa yang menekankan anak sulung mereka belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi contoh yang baik di mata adik-adik. Agar mereka mengikut jejak Along mereka. Harusku akui bahawa bukan semua anak sulung bijak. Ada juga anak sulung tahu menggunakan peluang sebaik mungkin dan ada juga lebih berdikari. Tahukah kamu bahawa anak sulung mempunyai IQ yang lebih tinggi dari adik-adik mereka. Walaupun insan yang digelar 'Along' ini meninggal ketika kecil, IQ adik-adik mereka masih tidak dapat menandingi IQ Along mereka. Kebiasaannya, Along lebih terdedah dengan persekitaran dan ini membolehkan mereka cepat untuk mengadapsi dalam sesuatu situasi. Ingin diingatkan bahawa IQ adalah bukan tahap kepandaian seseorang tetapi IQ adalah tahap dimana kemampuan otak seseorang itu. Tidak hairanlah jika bukan semua anak sulung bijak. Apabila menjadi Along, banyak pula perkara yang perlu difikirkan seperti keluarga, adik-adik dan pembelajaran. Tetapi itu tidak menghalang Along untuk mencapai objektif mereka sendiri! Aku juga terasa kadang-kala terasa juga terbeban tapi aku yakin, Insyaallah aku boleh menjadi Along yang terbaik!

Bagi adik-adik pula, segalanya telah ditetapkan. Kemudahan telah diberikan. Jadi janganlah bazirkan peluang ini. Anda adalah harapan famili. Anda adalah sinar kecemerlangan yang sepatutnya lebih menyerlah lagi jika anda anak bongsu kerna anda adalah penutup. Lakukan dengan terbaik! Jangan sesekali menghampakan ibubapa serta abang n kakak yang telah cuba menolong anda.

No comments:

Post a Comment