Wednesday, December 8, 2010

Sempena Hijrah baru..

Sempena Hijrah yang baru tiba ini, mari kita bersama-sama bangkit demi mempertahankan Islam yang kita cintai. Sesungguhnya Islam itu cantik, Islam itu indah dan Islam itu mudah. Mari kita bersama-sama mempertahankan Islam yang kita sayangi. Aku bukan lah peminat besar kerajaan tetapi apa yang aku dengar PM berkata pagi tadi ada betulnya. Pada zaman sekarang, ada pihak tertentu menggunakan media untuk memburukkan Islam. Sekarang tiba masanya untuk kita mempertahankan Islam menggunakan media. Jangan kita mengkritik agama lain pula kerana Islam tidak mengajar kita untuk mengutuk agama lain. Sesungguhnya Islam itu Ad-din! Sudah tiba masanya untuk kita mengambil kembali media massa dan menggunakan untuk mempertahankan Ad-din Islam dan bukannya untuk politik. Marilah kita bersatu, lupakanlah sementara segala urusan politik dan bersatulah demi Ad-din Islam. Sesungguhnya, janganlah kita cintakan sangat dunia ini kerana dunia ini hanyalah tumpangan sahaja. Bukannya kekal. Sebelum aku berhenti bebel, ini ada video clip nasyid yang dimasukkan ke dalam video clip di antara Pahlawan Islam kita yang terbilang. Salahuddin Al-Ayubi.



Semoga anda bangga menjadi seorang Muslim.
:)

No comments:

Post a Comment