Wednesday, April 6, 2011

Peperiksaan.

Peperiksaan. Actually, bagi aku ni, peperiksaan bukan penting pun. Tapi untuk kita menguji diri kita sejauh mana kita faham dalam subjek, maka peperiksaan telah dijadikan sebagai batu loncatan. Kerana peperiksaan ini membantu kita membuat nama ketika di kelas dan siapa tahu, di seluruh kita belajar.! Walaupun kita masih belajar, kita kena set-kan balik niat kita..Sebab apa kita belajar..apakah kita ingin menolong negara dan rakyat atau kita hanya mengejar harta duniawi dan wang sahaja. 
Korang yang baca ni pun, mesti dah besar. Dah ada otak untuk tahu apa aku cakap. Aku tak nak bebel panjang sebab aku takde mood. So that's all! daa~
*Btw..i've just know a girl that i've been looking her facebook account. I'm excited to know her! assalam. :D

Thursday, March 24, 2011

Dota.

Setelah lama aku diam..kini aku kembali memekak di blogspot. Sebenarnya takde cerita best pun yang berlaku kat life aku. So, malas lah aku nak tulis blog. Tapi entree kali ini aku nak cakap pasal dota. Pergh! Sebelum aku cakap pasal dota..Meh aku terangkan apa itu dota. Dota ni sebenarnya...satu game sahaja..tapi oleh sebab ada garena kita berupaya bermain on9 tetapi cara di connect di garena adalah seperti LAN connection. Memang best laa dota..(aku dah stop tp macam mana ntah boleh main balik)..Dota ni kita pilih satu hero dan fight..Musnahkan satu sama lain di antara dua puak..Sentinel dan Undead. Sentinel terdiri dari askar yang baik. Mereka terdiri dari golongan orang kerdil, manusia dan juga troll manakala Undead pula ada sekumpulan Monster yg kuat dan jahat. Sentinel mendapat tahu bahawa Undead hendak menghidupakan Frozen Throne (iaitu monster yang paling hebat!). Ini je kot entree aku kali ni..Aku ada topik best, tp masa tak mengizinkan la. So, sayonara!

Sunday, February 6, 2011

Hidupku ketika cuti..?

Jom tengok aktiviti siapa sama dengan aku..aku rasa macam takde siapa yang sama..hahaha..

Pagi.
-bangun subuh saja..kemudian membuta sampai pukul 9 - 10 am.
-lepas tu sarapan dan ngadap buku hiburan.

Tengah Hari.
-ngadap lappy sampai petang. Solat zuhur tidak ditinggalkan. Lewat sahaja.

Petang.
-jogging. *macam selalu buat dan solat Asar.
- atau lepak dengan member terchenta!

Malam.
-main game.

Kesimpulannya, konfem korang punya rutin tak sama kan dengan rutin aku..haha..apa yang aku nak tekankan ialah..bukan semua orang sama dalam dunia ni..mungkin rambut je sama hitam..tapi hati orang lain-lain..dah hati lain-lain konfem laa parent pun lain-lain..adik beradik pun perangai mereka lain..apatah lagi dengan orang lain kn..wah..banyak lak perkataan 'lain' ..haha..apa apa pun lah kan..jangan suka suki je nak orang ikut jejak kita..sebab mungkin dia ada cara lagi senang. setakat ini sahaja puake sekalian..kalau aku rajin aku update lagi..muahahaha..

Saturday, February 5, 2011

Damn.

Oh, sesungguhnya aku manusia biasa yang hanya mampu melihat sesuatu dari bidan kuasa ku. Namun, itu tak bermakna aku harus berputus asa kerna Islam tidak mengajar kami untuk berputus asa. Sesungguhnya, Allah SWT maha adil. Akan di berikan permintaan ku. Hanya masa saja akan Dia tentukan.
:)

Thursday, February 3, 2011

Oh. Kebosanan.

Cuti seminggu dah pun nak habis and yet aku still tak buat pape. Eh, jap2. Ada laa gk aktiviti yang aku buat. Tapi aktiviti semua tak penting sebab ada assignment yang menyemak cuti aku. =.=
Aku ada 2 assignment. Salah satu darinya aku kena buat pasal pencapaian tamadun Melayu.

Kalau nak cari pasal masalah sosial tu memanglah senang tapi kalau bab2 kegemilangan tamadun Melayu ni, sikit punya susah beb. Aku pun boleh terfikir jap kenapa laa banyak orang Melayu bermasalah. Tapi bila tengok balik, orang Melayu memang ramai. Jadi jika kita lihat dalam bilangan, pasti kita ramai. Tapi jika di dalam peratusan, mungkin tidaklah sebanyak mana.

Selain dari tu, kalau aku surf pasal Melayu je, tamadun Islam pun pasti mengikut link itu. Kenapa eh? Jawapannya kerna orang Melayu kita , kerajaan Melayu dulu, mempunyai hubungan yang agak kuat dengan Kerajaan Uthmaniyah. Masakan saja Melaka boleh pertahankan dirinya jika Kerajaan Uthmaniyah tidak menolong dalam segi peralatan dan senjata. Dan jika anda kata orang Melayu kita tidak pakai senjata api ketika menentang Portugis, maka andalah yang salah. Kerana orang Melayu sudah pun pandai menggunakan senjata api. Bukan sahaja senjata api, malah kapal - kapal orang Melayu juga lebih laju dan berguna di Selat Melaka.

Haaa..selain dari aku buat assignment ni je, aku ada gak baca paper pasal kejadian di Mesir. Aku pun dah keliru dengan pe yang jadi dekat sana. Tapi one thing for sure, aku tak sangka kita ada ramai student kita dekat Mesir tu. Bila aku dengar student Indonesia ada dalam 6400, aku expect sikit student kita tp aku silap. =.= Total student Malaysia ada dalam 11000. Banyak tu! No wonder kerajaan lembab dalam mengambil keputusan. Tapi, kerajaan pun tak patut ambil masa lama-lama sebab kat sana Islam dah bercampur dengan Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kita yang ASWJ ni tidak disukai oleh Syiah kerana beberapa perkara. Syiah sanggup bunuh kita dahulu dari membunuh orang kafir.

Aish..banyak benda sebenarnya dah jadi tapi aku tak boleh laa nak cakap. Kang aku salah susun ayat kang, orang kata aku nak berpolitik. Oleh itu, nanti bila aku nak berblog aku update. see ya!

Sunday, January 16, 2011

Kepada TFM.

Okay! Dengar ni baik-baik! Stop spreading the rumors and read this. AKU TIADA AWEK. Except for u TFM. Oleh sebab kau TFM, aku baru tau macam mana rasa C.I.N.T.A itu. Kerna kau juga, aku tau yang C.I.N.T.A itu tidak berasaskan rupa mahupun populariti. Tapi ia berasaskan dalaman. Ia berasaskan hati. It just can't be born without mutual understanding.

For 3 months we were together and during that time, I learnt a lot! Kau lah kekasih muda ku dan kekasih terbaik aku pernah ada. Even bila aku rasa aku minat kat someone, the feeling for her just can't beat the feeling I once had towards u. The aura was sooo different. I know that it was my selfishness that brought us a part and again, Im sorry for making that stupid decision. I should be strong during that time. And even now, I still regret about it.

Kali pertama aku lihat kau adalah ketika di perpustakaan sekolah. Kau dengan cermin mata merah kau serta gaya kau speaking membuatkan aku annoyed pada mulanya. But as time goes by, that same spec and that same style of speaking makes me want to know your more. I was an idiot from the start to not knowing you like me. I was an idiot from the start when your the first to express your feeeling towards me. I was the big idiot from the start to ask you to be my girl through the internet though I can do better that than. I was a bigger idiot when I dumped you for such an unexcusable reason. A reason which myself can't deny that, it is no reason. And Im still puzzled how this thing happend.

Dear TFM, thnx for showing me whats it feel to be a couple. I mean a true couple. I dont care the people around me when they calling me a pshyco when Im dating a 3 years younger than me back then. Because you are my hope, you are my future, you are my everything. Until now you are my everything eventhough we are not together. I still cant forget you. It's already 3 years and yet I still like you. For 2 years we havent meet since I went to matrikulasi and u moved school. I hope we can see each other again and who knows..we can revive the old 'us' .

Sincerely,
Your Big Fat Idiot..
Muhammad Danial bin Mohd Radzi.

p/s : do tell me your favorite thing.

Tension.

Oh. UiTM sem 2 sudah masuk n aku pun dh buat target aku berapa. Oleh kerna result lepas tidak memuaskan, sem ni result aku kena MEMUASKAN. Hari demi hari berlalu dan bila ku kira, dh 2 minggu hilang. Aku pulak boleh bantai rilek. Adei. Oleh kerna dah start sem baru, aku ingat perkara sem lama dilupakan. Rupa-rupanya tak! ARGH! Tension2. Kenapa laa benda sem 1 still ada?? Dengan prob sem satu lagi..Shit! Still, untuk mencapai cita-cita ku yang xseberapa terpaksa laaa aku harungi segala cabaran dgn hati yang tabah. Lagipun, aku kan abang. So, demi menjadi abang yang baik, aku kena laa buat yang terbaik. Betul x? Tapi, aku akui agak susah laa jadi abang ni. Dah ler asyik kena buli. Salah cakap pun jadi perselisihan faham yang amat ketara. Oh man! Apa apa pun, aku still ada famili dan rakan-rakan ku. So, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. :)

Tapi masih ada benda aku risau..N aku harap benda tu xkn jadi benda yang leh menjatuhkan aku.