Monday, September 13, 2010

2-4-4-3-4

Assalamualaikum dan...Selamat hari raya Aidilfitri!
:)

Orait. Jom cerita!! Raya kali ini amat membosankan! Dengan cousin yang seberapa, cam tak best oh. 1st raya as usual laa. Visit grandparents. 2nd Raya pergi Melaka..hoho.
Dan ketika di Melaka juga laa terbukanya cerita tentang 24434.

Tahukah kamu yang Allah s.w.t dah bagi number Dia kepada kita? 24434 adalah number dia. Kalau tak percaya, baca lagi apa yang akan saya taip disini. 24434 stands for the rakaat we pray in a day. 2 stands for Subuh, 4 stands for Zuhur, Asar and Isyak and 3 stands for maghrib. Kan kita selalu solat. Dan juga kita telah berhubung dengan Allah,pencipta kita.

Oleh itu, rajin² lah kita dail number ini ok. Jangan lupa wuduk dulu!

:)

Sampai disini dulu. Nak main game!
:D

Hidup memang adil. TETAPI, kita boleh membuatkannya tidak adil.

Sunday, September 5, 2010

Oh. Raya.

Tutup mata, buka mata, tutup mata, buka mata. Sekejap lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal akan datang. Rasa teramat sekejap Ramadhan kali ini. Tak tahu laa kalau banyak kerja yang perlu dilakukan. Tapi memang terasa singkat Ramadhan kali ini. Jika dulu, ketika aku 6 tahun, terasa Ramadhan adalah bulan paling lama sekali! Satu hari pun rasa dah macam seminggu! Lama rasa. Tapi bila meningkat usia dan makin matang, tidak terasa sangat Ramadhan. Aish. Bila teringat yang aku ni makin tua, aku teringat tentang kematian. Lagi tua kita, lagi dekat kita nak pergi ke kubur. Teringat kubur, teringat pulak kat hukuman yang bakal kita terima ketika di dalam kubur. Mampukah kita untuk kita menjawab segala persoalan yang bakal di tanya oleh para Mungkar dan Nangkir?? Atau kita hanya akan didenda oleh mereka apabila salah memberi jawapan.? Takut rasa bila terfikir macam tu. Bulan Ramadhan kali ini telah banyak mengajar aku dalam erti Ramadhan itu sendiri dan erti kehidupan. Dan Ramadhan kali ini juga aku tahu untuk menerima sesuatu kejadian. :)



Bukan semua dalam kehidupan kita boleh dapat. Jika kita boleh dapat pun, bukan semua adalah segala-galanya. Betul tak? Duit bukan segala-galanya. Walaupun kehidupan ini perlukan duit untuk hidup, still money is not everything! Sebab kita masih ada agama dan cinta kepada Allah, family, sahabat-sahabat dan juga orang yang kita cintai kan? :) So, please don't let money control us. We are muslim! We have tons of things that are more important than money. :)



Kembali kepada Ramadhan dan Syawal. Ramadhan bakal pergi dan Syawal bakal tiba. Walaupun terasa sedih dengan pemergian Ramadhan, kita kena gembira dengan ketibaan 1 Syawal kerna menunjukkan kemenangan kita dalam bulan Ramadhan. Oleh itu, siapa yang tak puasa penuh tak boleh nak Raya!!!!

Akhir kata, Selamat Menyambut Aidilfitri Khas Untuk Umat Islam yang berpuasa penuh!
:)

Jumaat.

OHOI!!!




Siapa kata tak boleh nak adventure bila tengah study full time di sesebuah universiti? Boleh je aku dan member-member kami buat. Pantang hari Jumaat je kami explore UiTM bila nak ke Pusat Islam. Seronok! hoho.

Dua minggu lepas kami pi naik bukit celah mane ntah. Lalu jalan hutan. Tapi jalan hutan tu sangat cantik wei! Serius tak tipu!! gambar dah tak da. T.T so takle laa nak tunjuk. Adei~

Minggu lepas lak kita lalu kat jalan yang tak pernah orang terpikir nak lalu! hohoho. Jalan mudah tapiiii.........adei. Jalan sebenar dekat je tapi sebab gatal sangat..naik bukit lak~ adei.

ni beberapa gambar~










Sunday, August 29, 2010

Sebab aku hyper this week.


Ohoi! Lama lak tak update blog kesayangan aku. Hehe.
Apa apa pun, aku happy sangat this week! Selain test aku yang teruk gila, Aku dapat borak dengan dia. :)
Even dia dah tau, jawapan masih tak bagi. Tapi aku tak kisah. Aku nak tunggu dia. Sebab aku NAK dia!
Dan kalau dia jadi awek aku, InsyaALLAH, aku nak dia gak jadi awek terakhir aku dan terus menjadi isteriku.
Aku pun tak tau laa nape, tapi lately aku jiwang jap. Maybe selalu ingat kat dia kot. Entah lah tapi memang aku akui, aku risaukan dia.
T.T
Aku risau kalau apa-apa jadi kat dia. Aku risau kalau ada orang sakitkan hati dia. Dan aku paling risau if dia nangis.
Aku tak nak tengok dia nangis. Aku nak dia happy always. Aku nak dia senyum dan always tunjukkan senyuman manisnya yang aku suka kat dunia.
Untuk menunjukkan kat dunia yang dia kuat, tidak lemah dani tidak putus asa. Awak, I will always be there for you. Just call me and i'll answer it.
I LOVE YOU!
:)
Selain dari tu, aku berbuka puasa with dak kelas EE2301A. Pergi makan Pizza. Best sangat!
:)



Test kami pun,berderet gila!!
xde masa nk rest.
adei.
T.T

Anyway, aku takde idea nak tulis pe. Time cmni lak aku lembab, kalau tak ada je nak tulis. Adei2.
Kira sampai disini saja kot.
Chow!

Sunday, August 8, 2010

Ohoi.!

Ohoi puaka!
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!!
Ingat ingat!! Puasa penuh tau!!! Jangan ponteng ponteng!

Ramadhan yang ku rindui tiba jua! Dan apabila Ramadhan tiba, aku teringat kembali family ku dan juga hari pertama berbuka di KMNS. Bila teringat famili, teringat kat mak, ayah dan adik-adik. Terpikir gak aku mereka berbuka apa dan sahur apa. hmm. inilah yang dikatakan rindu dan cinta terhadap famili. Kuat mana pun kami benci mereka, akhirnya perasaan benci itu hilang. Pelik jugak kan? Or korang xpernah gaduh dengan famili member korang? Or memang aku je camni? Hmm..

Haa! Cakap pasal cintan cintun ni, lately aku makin menjadi. Asyik teringat kat dia je. Kenapa ek? Is it really ok for me to be like this? She doesnt even know that I like her, I love her. It doesn't matter if she know or not as I'll remain single as long as she's still single. InsyaAllah. But if there are any other girl that can make my heart melt, that is a different story. Still, I miss her! I want to see her and yet she's studying at another plce. Dang! I talked to my friends about my feeling toward her but they all give the same answer. "Danial, after her! dont let she go" . I really want to go after her. But will she say yes to me? Will she love me back? Ihope she does because i'm afraid that the word L.O.V.E ruin our bond. Our bond which take several years to built. Anyway, thank you guys for supporting me. I will go after her. And I wont let the person I really like and love go away from me just like in the past. I will make sure she will be my wife in all mean! Again, thank you to all my friend that support me. Really appreciate it.
Till next time.
:)

DanG!

Hello!!

I returned! Transform to Malay! YEah!!!!! Minggu depan test!! Eh. bukan bukan! Sok start TEST!!!!! Memang aku suka habis laa!! hahahaha~~
Pape pun. Disini nak gak aku cakap yang bila masuk degree program ni..Memang tak sama macam matrik..sebab lagi pack laa syia!!!! Penat doee. Memang PENAT!!! Teramat PENAT!! Saya nak balik ke masa lalu.!! Ke masa bila saya tidak tahu apa-apa. Ketika ku masih suci lagi bersih. Alangkah bagus nya jika dapat kembali ke masa itu. Oh. Kenapalah kita perlu membesar. Kenapa? Dan jawapannya yang paling logik adalah sebab kita kena MATI! Kenapa? Bila kita mati, kita memberi ruang kepada yang dilahirkan pula. hmm.. DanG! Aku hanya berharap aku dapat menempuh 4 tahun disini dengan baik.
huhu
Tu je dari saya~
See you in the next blog!

Sunday, July 18, 2010

FLASHBACK!!!

Ye-ye. Aku tau mungkin kau tidak akan membaca ini. Aku juga tahu kau yang mungkin kau tidak akan membuka notes ini. Tetapi aku berharap sangat kau membuka dan membaca notes ini. Sesungguhnya, tidak mahu ku tag kan notes ini agar kau tahu aku buat. Aku hanya mahu kau membacanya secara ikhlas, biar kau menghayati lagi. Tetapi tidak mahu ku memaksamu jika kau tidak mahu.

Ketika ku menjejakkan kaki Andalas, amatlah ku rasa terasing sekali. Tiada kawan, tiada sahabat dan juga tiada sesiapa yang ku kenal samada yang tua mahupun yang muda. Masuknya aku ke darjah 5 juga telah sekali lagi aku dibuli. Walaupun begitu, tidak mahu ku berkata itu membuli kerna aku juga berseronok ketika bersama si pembuli itu. Oleh itu tidak boleh untuk ku berkata di pembuli. Entah bagaimana, aku terjumpa kembali dengan seorang rakan sekolah agama ku. Tidak tahu pula dia sekolah disitu. Lama kelamaan, ku telah pun membina pengaruh ketika di sekolah rendah. Walaupun pengaruh ku tidak lah sekuat mana,tetapi boleh lah juga diharap jika sesuatu terjadi kepada ku. Hari demi hari berlalu, pantas pula ku rasa. Namun begitu, berjaya juga untuk aku mengenali rakan sekelas ku. Antaranya adalah dia. Salah seorang budak perempuan yang baik terhadap ku. Terasa kekok juga diri ku apabila bersama dia. Oleh kerna kami masih budak, tidak pula kami menganggap sebagai lebih dari seorang kawan. Hanya perkataan kawan itu sahaja telah membuatkan aku tersenyum apabila kau serta geng kau ada bersama ku.
Apabila hendak memasuki darjah 6, kawanku berpindah. Sedih juga hatiku, akan tetapi dia meninggalkan aku dengan kawannya yang boleh dipercayai. Muzafar lah nama orang itu. Sepanjang aku bersama dia, tidak pernah ku berasa sunyi. Tidak pernah ku jemu untuk berbuat apa sahaja dengan dia. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada dia kerna mengajar ku pelbagai perkara ketika di sekolah rendah. Selain Muzafar, aku juga bertemu dengan Fadhil. Kami berkenalan ketika didalam bas sekolah apabila tiba masa untuk pulang ke rumah. Dan dari dalam bas itu juga aku mengenali Aina Syuhada,seorang gadis yang amat popular pada ketika itu dan juga digilai ramai budak lelaki pada ketika itu. Cantik ,cantik juga. Comel, comel juga. Sudah tentu kerna baru darjah 6. Tidak lengkaplah seseorang jika belum baligh lagi. Ketika itu, Aina berada di kemuncak. Apa sahaja dia buat,pasti akan ada orang berkata. Gosip tersebar dengan cepat walaupun baru di sekolah rendah. Namun begitu, tidak pula ku terfikir yang akan aku dapat berkawan dengan dia dan juga mempunyai hati untuk dia.
Sesudah itu, masa berlalu lagi. Kali ini lebih laju. Apa yang ku sedar, aku terus berada di tingkatan 1. Dan pada masa itulah aku dapat mengenali Dia dan juga Aina dengan lebih dalam lagi. Semakin tua kita, semakin kita banyak berfikir. Namun bagi lelaki, tidak banyak yang berubah kerna kebanyakan lelaki akan berfikiran matang pada usia 15 tahun secara puratanya. Walaupun begitu, minat ku untut mengenali Dia dan Aina terlalu kuat. Pada mulanya, aku berfikir yang mungkin aku akan disambut secara hambar oleh mereka berdua. Namun sangkaan aku meleset apabila mereka melayan ku dengan baik sekali. Tidak seperti ketika di sekolah rendah. Seolah-olah, bermulanya buku baru. Kali ini, tidak akan ku melepas kan peluang untuk mengenali Dia dengan lebih lanjut. Aku cuba untuk mengenali dia. Agar aku boleh tahu, bagaimana sifatnya. Adakah dia sebetulnya baik? Atau adakah dia hanya berlakon? Satu demi satu ku mencari, membongkar tentang diri Dia. Dan setelah 3 tahun aku mengenali Dia dan Aina, aku dapati bahawa mereka berdua adalh gadis yang baik dan akan mencuba apa sahaja demi membantu rakan. Namun, dalam 3 tahun itu juga, bukan sahaja persahabatanku semakin akrab dengan mereka, malah timbulnya suatu perasaan. Tidak pula ku tahu apakah perasaan itu kerna kali pertama bagiku. Setelah ku bertanya kepada rakan-rakan lelakiku, baru ku tahu inilah perasaan yang orang selalu memanggilnya CINTA. Tetapi adakak aku menyintai mereka? Aku sendiri tidak tahu. Aku berterus terang sahaja dengan Aina, tetapi dia menolak dengan baik. Keputusannya,kami telah menjadi kawan yang teramat baik. Bagi Dia pula, tidak berani ku luahkan. Takut juga aku jila dia menolak. Aku pula mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Tahun demi tahun, akhirnya kau berjaya juga dalam pelajaran kau. Akan tetapi pasti ada halangan yang akan menghalang diri ku untuk mengenali kau lagi. Mungkin ujian dari Dia yang Maha Esa. Tidakku kisah kerna ku yakin, Allah akan memberi ku segala dugaan kerana dia tahu aku akan pasti berjaya melakukan.

Tidak mahu ku luahkan kerna takut juga aku jika dia menjauhkan diri dariku. Tidak sanggup untukku jika dia lari. Namun, oleh kerna aku diam selama bertahun-tahun, ia telah membuatkan ku tidak duduk diam. Takut kehilangan dia dari aku, dari mataku dan lebih-lebih lagi hati ku. Tetapi itu semua tidak bermakna lagi kerna dia bakal tiada. Tidak lagi ada masa untukku keluar dengannya. Tiada lagi untuk aku berjumpa dengan dia. Tiada lagi semua itu. Sesungguhnya, aku akan merindui kau wahai sahabatku. AKu amat menyayangi kau wahai sahabatku. Dan jika kau membaca ini, aku hanya mahu kau tahu sesuatu sahaja dari diri ku yang lemah ini.
AKU MENYAYANGI KAU!

Aku akan sentiasa mencintaimu walaupun ku tahu yang kau tidak akan mencintai ku. Tetapi itu tidak mengapa kerana aku hanya mahu kau tahu bahwa, Aku mencintai kau.